Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 February, 2011

Pemuda PBB meriahkan Cap Goh Mei di Debak



Caption: 1 MALAYSIA...Chong (berdiri belakang kanan) ketika bergambar kenangan bersama tetamunya iaitu Razi (duduk tengah) ketika berlangsung majlis berkenaan.

DEBAK, Selasa (22 Feb) – Sambutan perayaan Cap Goh Mei peringkat Daerah Debak oleh penduduk Tionghua diserikan lagi dengan pembabitan ranting Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Debak baru-baru ini.

Sambutan perayaan Cap Goh Mei 2011 peringkat daerah Zon Debak yang berlangsung di kawasan letek kereta Bazaar Debak itu juga turut melibatkan kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.30 Saribas iaitu Mohammad Razi Sitam dan Pengerusi SUPP cawangan Betong iaitu Kanselor Francis Chong Tau Nen.

“Sambutan tersebut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api dan nyanyian karaoke oleh tetamu yang hadir. Bagaimanapun sambutan perayaan Cap Goh Mei 2011 kali ini boleh dianggap unik kerana ia melibatkan penduduk berbilang kaum di Debak,” kata Chong.

Selain Chong ketika ditemui juga memberitahu program ini bersesuaian dengan perlaksanaan konsep 1Malaysia yang mempertahankan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum dalam negara ini.

Sementara itu, Mohammad Razi ketika ditemui berpendapat bahawa amalan kunjung-mengunjungi ketika berlangsungnya perayaan utama milik setiap kaum perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Usaha ini secara tidak langsung akan menjayakan perlaksanaan konsep 1Malaysia dari segi pengukuhan hubungan perpaduan kaum dan agama di kalangan penduduk berbilang kaum dalam negara ini.

“Justeru diharap agar usaha perpaduan ini juga akan dapat menyumbang ke arah arus pembangunan pesat negara menjelang tahun 2020 nanti demi kebaikan semua penduduk,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment