Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 February, 2011

Pejabat Baitulmal anjura taklimat khas di Penjara Pusat Sri Aman


Caption: PRIHATIN...Shamsul (kiri) menyampaikan cek bantuan kepada Mazlan (kanan) sambil disaksikan oleh kakitangan Jabatan Penjara dan TBS cawangn Sri Aman.


SRI AMAN, Jumaat (25 Feb) – Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah mengadakan taklimat khas berhubung bantuan keperluan masjid dan surau bertempat di Pusat Penjara Sri Aman kelmarin.

Taklimat tersebut menjelaskan tiga kategori bantuan iaitu Bantuan Kelengkapan Asas Masjid Surau, Bantuan Baikpulih Masjid Surau dan Bantuan Kewangan untuk aktiviti kerohanian dan ilmu masjid surau.

“Selain itu pihak kami menerusi taklimat ini dapat menjelaskan kepada pihak Jabatan Penjara Pusat Sri Aman mengenai pentingnya pengisian aktiviti masjid dan surau berlandaskan kepada unsur-unsur ilmiah.

“Pengisian aktiviti berlandaskan kepada unsur ilimiah ini secara tidak langsung akan dapat mengukuhkan nilai aspek duniawi dan ukhrawi dari masa ke semasa,” kata Pengurus TBS cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri bin Manap.

Beliau dalam sesi taklimat ringkas berkenaan tersebut juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pusat Penjara Sri Aman kerana aktif dalam penglibatan Skim Zakat Potongan Gaji (ZPG) dan juga Zakat Fitrah.

Sementara itu Penolong Komisioner Penjara, Mazlan bin Md Yusof dalam ucapannya menyatakan bahawa pihak Pusat Penjara Sri Aman tidak keseorangan dalam membentuk nilai modal insan warga petugas dan banduan penjara selama ini.

“Usaha ini kita telah jayakan menerusi kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak dan agensi kemasyarakatan yang lain. Justeru kami warga petugas Pusat Penjara ingin merakamkan terima kasih di atas sumbangan pihak TBS Sri Aman bagi usaha itu selama ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment