Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Nyalau nasihat penduduk luar bandar jangan bangkit menentang BN


Caption: PENGHARGAAN...Nyalau menerima cenderamata dari Tr Lampas sambil disaksikan oleh tetamu yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.


ENGKILILI, Sabtu (19 Feb) – Penduduk luar bandar dinasihat agar tidak mudah bangkit bersama pihak pembangkang untuk menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri ini nanti.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata penduduk luar bandar masih memerlukan BN untuk terus maju dan bukannya bergantung kepada pihak pembangkang yang setakat ini belum mampu berbuat apa-apa untuk mengubah hidup mereka.

“Hanya kerajaan BN sahaja yang berkeupayaan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan seterusnya memberi kesenangan kepada penduduk dalam kawasan luar bandar di negeri ini.

“Penduduk luar bandar harus mengakui bahawa mereka kini masih mengejar arus pembangunan semasa. Justeru kekal setia bersama BN adalah jalan terbaik daripada menyertai pihak pembangkang menentang kerajaan pada pilihan raya kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Upacara ‘Mangkong Tiang’ bagi Rumah Panjang Lampas, Titok Atas, dalam kawasan daerah kecil Engkilili kelmarin.

Selain itu kehadiran pihak pembangkang di kawasan luar bandar kata Nyalau hanya bertujuan untuk menghasut penduduk agar membenci kerajaan yang dipimpin oleh BN selepas itu.

“Pihak pembangkang akan mengguna pelbagai isu demi memutarbelitkan pemikiran penduduk mengenai kerajaan. Sayugia diingatkan bahawa semua ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan politik daripada mereka dan tidak lebih daripada itu,” katanya.

Justeru Nyalau mengajak penduduk luar bandar untuk terus memberi sokongan padu kepada kerajaan kerana hanya BN sahaja yang mampu membela nasib mereka disamping membangunkan negeri ini dari masa ke semasa.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Lubok Antu, James Rossely, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Engkilili, Edwin Anceh, para wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment