Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 February, 2011

Najib dapat TV. - sempena proGram Sejiwa SenaDa 2011 Sri Aman


Caption: TAHNIAH...Najib (kanan) menerima hadiah e-peraduan daripada Harden (kiri) ketika berlangsungnya program berkenaan kelmarin.


SRI AMAN, Isnin (28 Feb) – Jumlah kedatangan pengunjung ke Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 yang berlangsung di Padang Lama KPSU Sri Aman semenjak 25 hingga 27 Februari lepas adalah ketiga tertinggi berbanding lapan buah program yang berlangsung dalam negeri ini.

Timbalan Residen Sri Aman (Sosial), Felicia Tan Yian Hua ketika dihubungi memberitahu jumlah kedatangan pengunjung dikira berdasarkan kedatangan mereka ke tapak pameran Program Sejiwa Senada berkenaan.

“Jumlah kedatangan pengunjung yang kita rekodkan ialah 71,594 orang. Ini rekod ketiga tertinggi berbanding jumlah kedatangan pengunjung ke Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Limbang iaitu 90,452 orang dan Sarikei iaitu 87,644 orang,” katanya.

Selain itu sejumlah 1,714 orang penduduk mengambil bahagian dalam e-peraduan yang diadakan bersempena dengan Program am Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011.

Jumlah penyertaan ini kata Felicia sekaligus meletakkan Sri Aman sebagai kawasan kedua tertinggi berbanding penyertaan lebih daripada 2,000 orang penduduk yang pada e-peraduan sempena Program Sejiwa Senada di Lawas sebelum ini.

Terdahulu kakitangan teknikal Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman atau RaSA FM iaitu Mohammad Najib Mustafa muncul pemenang pertama e-peraduan yang diadakan bersempena dengan program itu.

Beliau memperoleh hadiah berupa sebuah set televisyen bersaiz 50 inci yang ditaja oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah iaitu Datuk Francis Harden anak Hollis.

Hadiah tempat kedua pula diperoleh Suzie Suzina Melaban yang mendapat hadiah berupa sebuah motorsikal berjenama Demak tajaan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Hajah Rohani Karim.

Manakala iti Norzida Rosdi pula muncul pemenang tempat ketiga dengan memperoleh hadiah berupa sebuah peti ais berjenama Sharp hasil tajaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga iaitu Hajah Simoi Haji Peri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment