Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 February, 2011

Muda tak semesti dapat jadi calon - Harden



Mugshot: DATUK FRANCIS HARDEN HOLLIS

BETONG, Jumaat (11 Feb) – Calon baru bagi pilihan raya negeri akan datang tidak semestinya terdiri daripada golongan orang muda dalam kawasan mereka sendiri demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya calon baru yang dipilih untuk mengantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lama bagi sesebuah kawasan itu haruslah tahu bekerja, rajin dan berpengalaman dalam mengendalikan sesebuah kerja.

“Rakyat dalam sesebuah kawasan mahukan seorang wakil rakyat yang tahu bekerja, rajin serta berkemampuan dalam menyelesaikan masalah rakyat di bawah jagaannya dari masa ke semasa.

“Tiada gunannya jika calon muda itu dipilih namun tidak pandai bekerja untuk rakyat selepas beliau menang (pada pilihan raya itu),” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak sebaik sahaja selesai Majlis Perasmian Seminar Ketua Masyarakat Bahagian Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong kelmarin.

Selain itu Harden juga yakin bahawa Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bijak memilih barisan muka baru bagi mengantikan muka lama pada pilihan raya negeri ini nanti.

Justeru beliau berharap agar calon muka baru Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri kelak harus membalas kembali kepercayaan pucuk pimpinan parti kerana memilih mereka selepas itu.

Terdahulu Majlis Perasmian Seminar Ketua Masyarakat Bahagian Betong bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong telah dirasmikan oleh Pehin Sri Taib.

Hadir sama ialah isteri beliau iaitu Puan Sri Nur Ragad Waleed Al Kuardi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohammad Morshidi Abdul Ghani, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Amar Adenan Haji Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, para menteri muda, wakil rakyat, pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment