Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 February, 2011

Mong kunjung rumah ahli PRS berketurunan Cina


Caption: 1MALAYSIA...Mong (belakang tengah) bersama Lee (kanan) ketika bergambar kenangan pada sesi kunjungan bersama tetamu yang lain malam tadi.


SRI AMAN, Sabtu (12 Feb) – Kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baru Cina masih lagi terasa dengan adanya kunjungan antara para pemimpin politik terhadap ahli parti mereka bertempat di Taman Padri, Sri Aman malam tadi.

Mereka yang dimaksudkan adalah kunjungan oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang ke kediaman Timbalan Bendahari Parti Rakyat Sarawak (PRS) kawasan Begunan iaitu Lee Tze Phin pada jam 9 malam tadi.

Kedatangan Mong bersama setiausaha sulitnya iaitu Howard, para kaunselor dan ahli PRS nyata disambut meriah oleh Lee bersama isteri iaitu Wong Pek Gim sebelum para tetamu dijamu dengan makanan panggang dan kuih-muih pada kunjungan terbabit.

Beliau yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan ketika berucap ringkas pada program itu mahu amalan kunjung-mengunjung diamalkan oleh semua kaum acapkali berlangsungnya perayaan utama di Bahagian Sri Aman.

“Amalan kunjung-mengunjungi seperti ini harus dikekalkan bagi wujudkan hubungan perpaduan yang kukuh antara orang Dayak, Melayu dan Cina dalam Bahagian Sri Aman untuk sepanjang masa.

“Kesannya nanti akan memakmurkan lagi kestabilan politik dalam negeri kita dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan pesat Bahagian Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan penduduk berbilang kaum dalam Bahagian Sri Aman untuk mengenepikan sikap perkauman dalam diri masing-masing dan seterusnya merapatkan hubungan perpaduan sesama mereka selepas ini.

Terdahulu Mong telah meluangkan masa selama dua jam untuk beramah mesra bersama Lee dan keluarganya sebelum berangkat pulang bersama rombongan pada kunjungan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment