Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 February, 2011

Mayat mendiang Sebit ditemui 12.30 tgh hari Selasa

SRI AMAN, Selasa (22 Feb) – Mayat wanita hamil yang maut dalam kejadian perahu terbalik di kawasan Sekadang, Sungai Batang Lupar sekitar jam 2 pagi kelmarin akhirnya berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar jam 12.30 tengahari hari ini.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu mayat mangsa iaitu Sebit anak Bungin, 23 telah ditemui oleh anggota gerakan mencari dan menyelamat kira-kira setengah kilometer dari kawasan kejadian berkenaan.

“Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan siasatan lanjut sebelum dihantar semula kepada keluarga beliau untuk upacara adat pengkebumian selepas ini,” katanya.

Terdahulu mangsa yang mengadu mahu bersalin sedang dihantar oleh suaminya iaitu Nelson Jampi bersama anak bongsu berusia dua tahun, anak saudara berusia lima tahun, ibu mertua dan bapa mertua ke Klinik Lingga dari Ili Langir dengan menggunakan perahu.

Setibanya di kawasan Sekadang, ombak besar dipercayai berpunca dari fenomena pasang surut di Sungai Batang Lupar tiba-tiba muncul dan memukul perahu yang dinaiki oleh keenam-enam orang mangsa terbabit sehingga terbalik.

Kelima mangsa bagaimanapun berjaya memusingkan semula perahu berkenaan dan berkayuh semula ke kawasan penempatan penduduk di Langgir dengan meninggalkan mangsa yang dipercayai hanyut pada waktu berkenaan.

Gerakan mencari terus diadakan bermula tengahari kelmarin bagi mencari mangsa sebelum ia berjaya ditemui kira-kira setengah kilometer dari lokasi kejadian terbabit hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment