Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 February, 2011

Masjid Bandar Sri Aman anjur Majlis Ceramah Agama sempena sambutan Maulidur Rasul


Caption: SERIUS...Ustaz Fauzi sedang menyampaikan ceramah agama kepada para hadirin ketika berlangsungnya majlis itu di Masjid Bandar Sri Aman malam tadi.


SRI AMAN, Ahad (13 Feb) – Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M di Bahagian Sri Aman nyata diserikan lagi dengan Majlis Ceramah Agama bertempat di Masjid Bandar Sri Aman malam tadi.

Sebelum bermulanya Majlis Ceramah Agama bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M peringkat Masjid Bandar Sri Aman ini, semua hadirin telah menunaikan solat Maghrib Berjemaah bermula jam 6.45 petang.

Sebaik sahaja selesai solat Maghrib Berjemaah pada jam 7.15 petang, seminar agama kemudiannya dimulakan oleh Ustaz Ahmad Fauzi Abdus Syukur hingga jam 8 malam bagi memberi laluan kepada solat Isyak Berjemaah.

Selepas selesai solat Isyak Berjemaah, para hadirin kemudiannya dijemput untuk menikmati jamuan ringan di Masjid Bandar sebelum kesemua mereka bersurai pada jam 9 malam.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu Majlis Ceramah Agama ini merupakan salah satu daripada program anjuran pihaknya bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1432 H.

“Pihak kami juga turut menganjurkan Kuliah Subuh, Pertandingan Syarahan Kategori Sekolagh Rendah dan Sekolah Menengah, Majlis Zikir Maulud, Majlis Forum Agama dan Pertandingan Hiasan Lampu Elektrik.

“Justeru diharap agar penganjuran program ini dapat memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Bandar dikalangan semua umat muslim untuk tahun 2011,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment