Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 February, 2011

Majoriti penduduk kaum Cina sokong Rayong jadi calon utk pilihan raya negeri DUN Engkilili


Caption: SOKONG RAYONG...Para ketua kaum Cina dan Iban dari kawasan Engkilili ketika menyatakan sokongan mereka terhadap ADUN Engkilili, Dr Rayong di sini hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (26 Feb) – Majoriti penduduk Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili menyokong sepenuhnya wakil rakyat mereka iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa untuk mempertahankan kerusi milik Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) terbabit pada pilihan raya negeri ini kelak.

Dengan kata lain dakwaan mengenai majoriti penduduk kaum Cina khasnya dari kawasan Engkilili yang mahu Jonathan Krai Pilo untuk bertanding mempertahankan kerusi milik SUPP pada pilihan raya negeri kelak adalah tidak benar seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan English hari ini (26 Februari).

“Berita tersebut melaporkan bahawa Kapitan Bong Jin Choon memberitahu penduduk Cina dari kawasan Jelukong mahu pihak SUPP memberi Krai sekali lagi peluang untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri kelak.

“Kami sudah pun menemui Bong berhubung kenyataan terbabit hari ini dan mendapati bahawa beliau langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam kedua-dua akhbar berkenaan. Dengan kata lain cerita itu sengaja diada-adakan oleh pihak beliau,” kata seorang pemimpin kaum Cina di Engkilili iaitu Kanselor Lai Chaw Soon.

Selain itu Lai juga turut menyangkal dakwaan Krai yang menuduh bahawa Dr Rayong gagal menunaikan janji pembangunannya terhadap penduduk di DUN Engkilili semenjak memenangi kerusi terbabit pada tahun 2006 lepas.

Orang luar dari kawasan DUN Engkilili kata Lai boleh turun padang sendiri ke kawasan itu untuk menyaksikan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan termasuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES), jalan raya dan banyak lagi pada masa sekarang.

“Adakah anda fikir wujudnya majlis makan malam sempena perayaan Cap Goh Mei anjuran To Pak Kong Jelukong yang dihadiri oleh Krai mengikut siaran akhbar berkenaan? Majlis itu sebenarnya langsung tidak pernah diadakan,” menurut beliau.

Kenyataan Lai ini juga turut disokong oleh beberapa orang ketua kaum Cina yang ditemui oleh media pada hari ini antaranya ialah Penghulu Kua Sok Yong, Kapitan Fam Tze Hin dan Kapitan Liew Ah Ban.

Tamat.

No comments:

Post a Comment