Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2011

Lopak air di Pasar Tamu amat menganggu



Caption: PERLU PEMBAIKAN...Takuang air di kawasan salah satu kawasan dalam Pasar Tamu nyata menyusahkan pengunjung selama ini.


SRI AMAN, Rabu (9 Feb) – Masalah air bertakung berhampiran tempat jualan terbuka di hujung kawasan Pasar Tamu Sri Aman nyata menimbulkan ketidakselesaan pengunjung di situ selama ini.

Tinjauan rambang mendapati air sering bertakung di kawasan penghujung gerai, Pasar Tamu berkenaan disebabkan oleh permukaan lantainya yang lebih condong ke dasar bawah.

Seorang pengunjung iaitu Mohd Ali Mokhtar, 61, tahun mendakwa pengunjung berasa agak tidak selesa ketika mereka terpijak kawasan air bertakung berkenaan disebabkan tidak tahu mengenai kewujudannnya masalah terbabit itu.

“Keadaan ini telah terbiar sejak sekian lama dan kini menjadi tempat pembiakan nyamuk. Malah ia boleh menyusahkan pengunjung yang terkena percikan air akibat pijakan atas tempat berkenaan jika tidak berhati-hati melalui kawasan itu,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa bimbangnya jika terdapat kanak-kanak berlari dan tergelincir hingga mengakibatkan kecederaan ketika melalui kawasan air bertakung berkenaan selepas ini.

“Segala macam perkara boleh berlaku walaupun ia dianggap remeh. Pasar Tamu ialah pusat tumpuan penduduk berlainan usia dan sudah semestinya kanak-kanak boleh menerima risiko seumpama itu,” katanya.

Seorang lagi pengunjung iaitu Mary Rapah, 38, mendakwa keadaan akan menjadi lebih buruk ketika hujan lebat berharap agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment