Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 February, 2011

Landskap Jalan Foochow amat terbiar



Caption: TOLONG POTONG...Anak panah menunjukkan pokok hiasan di Jalan Foochow yang menganggu penglihatan pengguna kenderaan dari kawasan Jalan Durian dan Paya selama ini.


SRI AMAN, Rabu (9 FReb) – Pengguna kenderaan dari kawasan Jalan Paya, Jalan Durian dan Jalan Foochow dalam Bandar Sri Aman meminta jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk mempertingkatkan aspek penyelenggaraan landskap di kawasan mereka selepas ini.

Ini kerana landskap berupa pokok hiasan yang tinggi serta tidak terurus berdekatan simpang Jalan Foochow telah melindung pandangan kiri-kanan pengguna kenderaan yang datang dari Jalan Durian dan Jalan Paya di situ selama ini.

“Pengguna kenderaan akan mendapati bahawa pokok hiasan terbabit menghalang jarak penglihatan kiri dan kanan mereka ketika cuba memandu masuk ke persimpangan Jalan Foochow dari kawasan Jalan Paya dan Jalan Durian.

“Pokok hiasan berkenaan perlu diselenggara semula sebelum ia mengundang kepada masalah kemalangan jalan raya yang serius di kawasan persimpangan Jalan Foochow selepas ini,” kata seorang penduduk iaitu Chai, 54 tahun.

Dakwaan ini turut disokong oleh Chong Kim Hin, 47, dari Jalan Kejatau yang mendakwa bahawa landskap di kawasan Jalan Foochow sudah agak terbiar dan tidak diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan.

“Saya yakin semua pengguna kenderaan dari kawasan Jalan Durian dan Jalan Paya akan lebih selesa memandu masuk ke laluan utama Jalan Foochow jika pihak berkuasa tempatan menyelenggara kawasan landskap itu.

“Sama ada ia dipotong pendek atau ditebang itu terpulang kepada pihak berwajid. Pentingnya di sini ialah agar tahap keselamatan pengguna kenderaan dapat dipertingkat pada masa akan datang,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment