Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 February, 2011

Konvoi motorsikal meriahkan sambutan Karnival Mesra 1 Belia DUN Saribas


Caption: UNTUK ALBUM...Razi (lima dari kanan berbaju putih) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta konvoi dari Debak bersempena dengan karnival terbabit.


SPAOH, Rabu (16 Feb) – Sambutan program Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong di Kampung Bungin, Spaoh telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 100 buah motorsikal dari kalangan belia tempatan baru-baru ini.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Pusat Khidmat DUN Saribas itu telah bermula seawal jam 7 pagi bermula di tiga lokasi utama iaitu Debak, Kampung Mangut dan Kg Tui.

Kesemua peserta konvoi berkenaan telah menamatkan aktiviti konvoi bermotorsikal mereka dengan berlangsungnya pertemua utama di pusat karnival iaitu dalam kawasan Kampung Bungin, Spaoh.


Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Saribas, Mohammad Razi Sitam ketika ditemui berkata, objektif utama program konvoi bermotosikal ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan belia.


”Ia juga merupakan usaha bagi mencapai matlamat dasar kerajaan iaitu mendekati golongan belia dengan lebih mesra disamping melibatkan mereka dalam pembentukan masyarakat yang bersatu-padu selari dengan konsep 1 Malaysia,” katanya.

Selain itu golongan belia kata Razi juga adalah merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang dan harus diberi ruang untuk memahami peranan masing-masing bagi meningkatkan hubungan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.


Terdahulu program karnival yang berlangsung selama dua hari itu turut diserikan lagi dengan pelbagai acara menarik seperti senam robik, pertandingan karaoke, pertandingan kugiran, persembahan konsert, program mesra pemimpin, klinik artis, gerai jualan, gerai pameran, pertandingan bola sepak dan sepak takraw.


Program Karnival Mesra Belia 1 Sarawak 1 Malaysia yang berlangsung di Kampung Bungin, Spaoh ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Saribas iaitu Dr Haji Wahbi Junaidi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment