Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 February, 2011

Konsert A Go Go PTPL meriah


Caption: TAHNIAH...Rohaya (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang (kiri) ketika berlangsung Konsert A Go Gi di Dewan Stampark, Kuching.


SRI AMAN, Rabu (16 Feb) – Komiti Mentoring Kolej PTPL Sarawak telah menganjurkan Konsert Malam A Go Go bertempat di Dewan Stampark, Taman BDC, Kuching baru-baru ini.

Kenyataan media memberitahu Konsert Malam A Go Go yang telah melibatkan penyertaan seramai 704 orang pelajar berlainan kursus ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara mentor dan mentee serta pelajar yang berlainan program.

“Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam bidang seni. Setiap mentor akan menghantar wakil dikalangan mentee untuk membuat persembahan berbentuk nyanyian, tarian ataupun sketsa.

“Seramai 20 kumpulan mengambil bahagian dalam konsert itu. Mereka telah menunjukkan persembahan menarik dengan setiap kumpulan menunjukkan kesungguhan serta komitmen untuk menjadi juara,” kata kenyataan itu sambil menambah pemilihan Queen dan King of the Night turut diadakan pada konsert berkenaan.

Terdahulu Emelin Seli, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Hospitaliti-Pelancongan, berpendapat bahawa aktiviti sebegini harus dilaksanakan demi memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan bakat mereka dari segi tarian dan nyanyian selepas ini.

“Malahan para pelajar juga berpeluang untuk mempamerkan lagu berentak 60-an yang telah popular sebelum mereka lahir lagi. Pendedahan sebegini yang kita mahu demi menvariasikan bakat mereka pada masa akan datang,” katanya.

Justeru beliau berharap agar Konsert Malam Agogo ini memberi kesedaran kepada pelajar untuk menghargai warisan budaya A Go Go dari masa ke semasa demi kesinambungannya selepas ini.

Program Konsert A Go Go anjuran Komiti Mentoring Kolej PTPL ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh bekas Koordinator Mentoring, iaitu Siti Rohaya binti Mahmud.

Tamat.

No comments:

Post a Comment