Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 February, 2011

Keputusan bagi beberapa pertandingan sempena Maulidur Rasul peringkat Betong 1432 H / 2011 M



Caption:

1. TAHNIAH...Wakil pasukan Jamaah Muda menerima hadiah bagi pertandingan bersempena dengan perarakan Maulidur Rasul di Betong.

2. KAMI JUARA...Bengkel Jahitan KEMAS Betong menerima anugerah Kontinjen Bengkel Terbaik bersempena dengan perayaan Maulidur Rasul di Betong.

Saleman Senin

BETONG, Rabu (16 Feb) – Beberapa buah program menarik telah diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M bagi peringkat Kampung Betong, kelmarin.

Pertama Perujian Solat Jumaat bagi peringkat Surau - Surau Kampung Betong menyaksikan Kumpulan Jamaah Muda dari Surau Damai Kampung Hilir Betong muncul juara bagi pertandingan itu.

Lebih bermakna lagi ialah apabila dua orang anggota daripada kumpulan terbabit iaitu Abang Ahmad Syafiq bin Abang Willington dan Abang Izzul Haziq bin Abang Abdul Rahman apabila menerima Hadiah Misteri bagi kategori Imam / Khatib Terbaik serta Mu’azim / Bilal Terbaik menerusi pertandingan berkenaan.

Kedudukan tempat kedua dan ketiga bagi pertandingan ini pula masing-masing disandang oleh oleh Kumpulan Jamaah Muda dari Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Hulu Betong dan Kumpulan Masjid Jamek Betong.

Manakala itu pula acara Pakaian Lelaki dan Wanita Paling Kemas masing-masing telah dianugerahkan kepada Zulkipli bin Hipni dan Junaidah binti Mahmud juga pada majlis yang sama.


Anugerah Kanak-Kanak Paling Ceria Lelaki dan Perempuan turut dianugerahkan kepada Faizul bin Mahmud dan Dayang Safiqah bin Abang Willington.


Dua hadiah untuk Kontigen Paling Ceria dan Bergaya telah diperoleh oleh Kontigen Maktab Rendah Sains Mara Betong (MRSM) dan Kontigen Surau Damai, Kampung Hilir Betong.


Pakaian Terbaik pula dimenangi oleh kontigen Bengkel jahitan Kemas, Kampung Tengah Betong manakala Anugerah Keluarga Paling Ceria pula dimenangi oleh Keluarga Yazibah binti Drahman.

Pertandingan Sepanduk dan Perarakan bagi kategori Pertubuhan / Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun menyaksikan kontinjen Urusetia Saudara Kita muncul juara sambil diikuti oleh kontinjen Pusat Giatmara dan Bengkel Jahitan KEMAS Betong yang berada pada kedudukan naib juara dan pemenang tempat ketiga pada pertandingan itu.

Kategori Surau / Masjid / Kampung pula dimenangi oleh kontinjen PBB Kampung Tengah / Hilir Betong. Tempat Kedua disandang oleh Surau Setia, Kampung Baru Hilir Betong manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Surau Damai, Kampung Hilir Betong.


Anugerah khas iaitu Kontigen Terbaik pula telah dimenangi oleh Kontigen Bengkel Jahitan Kemas Kampung Tengah Betong.

Hadir sama ialah Kaunselar Kampung Melayu Betong Haji Mohd. Rajuna bin Omar, Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua Kampung Hilir Betong, Segara bin Dulkari, Wakil Pegawai Jabatan Agama Islam Betong, Ustaz Johari dan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Saimi bin Saibi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment