Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 February, 2011

Karnival Belia DUN Simanggang meriah




Caption :

1. MERIAH...Sebahagian daripada penduduk yang berhimpun di perkarangan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman.

2. SERONOK...Seorang bapa merakamkan gambar gelagat anaknya bermain di alat permainan khas pada program itu.


SRI AMAN, Sabtu (12 Feb) – Bandar Sri Aman telah diceriakan dengan penganjuran Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia yang berlangsung di belakang Kompleks Sukan Sri Aman bermula 12 hingga 13 Februari.

Tinjauan pihak media mendapati bahawa sekitar 1,000 orang penduduk membanjiri kawasan belakang Kompleks Sukan Sri Aman bermula jam 9 pagi hingga waktu malam untuk melihat pelbagai jenis aktiviti yang diadakan bersempena dengan karnival tersebut.

Antara aktiviti yang diadakan karnival terbabit ialah pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan beraneka, peraduan mewarna, acara cabutan tiket bertuah, pertandingan autshow, wayang pacak, sukaneka, daftar pemilih, pertandingan sukan dan banyak lagi.

Selain itu penduduk juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan nyanyian lagu oleh artis rakaman tempatan dan juga dari Semenanjung Malaysia pada waktu sebelah malamnya pula.

Seorang penduduk iaitu Abang Syahairol, 28, berpendapat bahawa Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia mampu menghimpunkan semua belia yang tinggal di kawasan DUN Simanggang.

“Pentingnya ialah karnival dapat menarik golongan belia berumur 21 tahun – 45 tahun dan seterusnya mendekatkan golongan berkenaan terhadap barisan pemimpin di kawasan ini dari masa ke semasa,” katanya.

Justeru Usun, 23, berharap agar Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia ini dapat diadakan di kawasan DUN Simanggang pada setiap tahun demi memperkukuhkan lagi hubungan antara belia di masa akan datang.

“Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia yang seterusnya akan di Engkilili pada 12 hingga 13 Mac depan. Saya bercadang untuk pergi ke sana bagi memeriahkan lagi suasana sambutan program,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment