Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Kampung Debak Laut mampu lahirkan peserta Qari dan Qariah yang cemerlang, Wahbi


Caption: UNTUK ALBUM...Wahbi (tengah kiri) dan isteri bergambar kenangan bersama peserta khatamal Al-Quran dan Lola (empat dari kiri barisan belakang) sebaik sahaja tamat majlis.


DEBAK, Sabtu (19 Feb) – Penduduk Debak khasnya dari kawasan Kampung Debak Laut berupaya melahirkan golongan pembaca Al-Quran Qari dan Qariah yang cemerlang pada suatu hari kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Khatamal Al-Quran sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M anjuran Lembaga Pengurusan Masjid Darul Iman (LPMDI) di Kampung Debak Laut, Debak baru-baru ini.

“Bacaan ayat suci Al-Quran yang begitu bermutu, jelas serta penuh tertib semasa pada majlis khatamal ini menunjukkan bahawa anak-anak penduduk kampung Debak Laut, mampu menguasai bacaan Al-quran.

“Atas sebab ini saya yakin bahawa Kampung Debak Laut bakal melahirkan golongan Qari dan Qariah yang mampu membaca ayat suci Al-Quran pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga memuji ibubapa dan LPMDI Kampung Debak Laut di atas usaha mereka dalam menggalakan anak masing-masing untuk mendalami ilmu pembacaan Al-Quran dari masa ke semasa.

Justeru beliau menerusi majlis itu menyarankan agar majlis khatamal seumpama ini diteruskan bagi mengalakkan penglibatan golongan belia dari sekitar kawasan DUN Saribas pada masa akan datang.

Wahbi pada majlis itu telah menyumbangkan peruntukan sejumlah RM30,000 kepada Dewan JKKK, Kampung Debak Laut dan seterusnya meminta pihak terbabit untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi membina masjid baru untuk kegunaan penduduk Kampung Debak Laut selepas ini.

Beliau juga menyumbang sejumlah RM5,000 untuk Tabung Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kampung Debak Laut.

Hadir sama ialah Pengerusi LPMDI Kampung Debak Laut, Lola Haji Julai, Penghulu Haji Abang Kifrawi Abang Rukaili dan Penaung LPMDI, Kampung Debak Laut, Haji Piee Alwi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment