Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 February, 2011

JKKK perlu beware kejadian kebakaran di kawasan masing-masing



Caption:

1. SIMPATI...Harden (tengah) ketika meninjau tapak kejadian kebakaran Rumah Anik bersama ketua kaum malam tadi.

2. MUSNAH... Kawasan ruang dalam rumah panjang Bayai musnah dijilat api menerusi kejadian lewat petang kelmarin.

Pix by Patrick Michael

SRI AMAN, Khamis (10 Feb) – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di daerah ini dinasihat agar tidak mengabaikan aspek keselamatan penggunaan bahan api atau perkakasan elektronik di kawasan penempatan masing-masing untuk sepanjang masa.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata JKKK perlu memainkan peranan utama mereka untuk menyedarkan penduduk dalam kawasan masing-masing tentang bahaya yang boleh muncul disebabkan oleh kejadian kebakaran.


“Kejadian kebakaran boleh meragut harta benda dan nyawa orang ramai sekiranya ia berlaku di kawasan penempatan penduduk akibat kecuaian penggunaan bahan api atau peralatan elektronik.


“Jadi adalah amat penting untuk JKKK menasihatkan penduduk di kawasan masing-masing untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak lalai ketika menggunakan kedua-dua benda tersebut selepas ini,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika meninjau dan menyampaikan bantuan kebajikan terhadap mangsa kebakaran di Rumah Anik, Bayai, Sri Aman lewat petang kelmarin.


Selain itu Harden juga menasihatkan JKKK untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menganjurkan aktiviti ceramah dan latihan penggunaan alat pemadam kebakaran dari masa ke semasa.


“Ianya amat penting supaya penduduk tidak mudah panik dan dapat menangani kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan masing-masing menerusi latihan atau maklumat yang telah mereka terima sebelum ini.


“Jadi saya berharap agar JKKK lebih aktif dalam memantau taraf keselamatan penduduk di kawasan masing-masing terutama dari segi tahap kawalan risiko kebakaran demi kebaikan semua pihak di masa akan datang,” katanya.


Terdahulu Harden menerusi majlis itu telah menyampaikan bantuan kebajikan bernilai RM1,000 untuk menampung keperluan kebajikan seramai 49 orang mangsa kebakaran dari rumah panjang berkenaan.

Rumah panjang Anik, Bayai yang dihuni oleh sembilan buah keluarga itu musnah dalam kejadian kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 5.30 petang kelmarin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment