Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Jangan percaya khabar angin mengenai keburukan BN, Harden


Caption: IKHLAS...Harden (tengah) ketika menyampaikan hamper kepada seorang penerima ketika berlangsungnya majlis di Rumah Empoi, Sungai Tengak kelmarin.


SRI AMAN, Sabtu (19 Feb) – Penduduk diseru agar tidak mudah mempercayai segala khabar angin yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata pihak pembangkang umpama ‘lalat’ yang mula menonjolkan diri di khalayak penduduk acapkali menjelang pilihan raya negeri atau parlimen di negara ini.

“Kumpulan ini akan mereka-reka cerita yang negatif mengenai kerajaan. Tujuan utama ialah untuk memesongkan sokongan padu penduduk terhadap pihak BN agar mereka mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kelak.

“Penduduk luar bandar khasnya perlu berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ini. Jika mereka bijak kumpulan pembangkang tidak akan berjaya memesongkan pemikiran penduduk walaupun berlangsung pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jiwa Murni anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Rumah Empoi, Sungai Tenggak, Undop, Batu Lintang kelmarin.

Selain itu Harden juga berharap agar penduduk di kawasan luar bandar tidak mensia-siakan undi mereka yang bakal menentukan halatuju hidup masing-masing selepas pilihan raya negeri nanti.

“Saya berharap agar penduduk berfikir panjang sekiranya mahu membuang undi untuk pihak pembangkang kerana ia bakal menentukan halatuju pembangunan hidup mereka untuk tempoh penggal lima tahun yang seterusnya,” menurut beliau.

Terdahulu Harden pada majlis berkenaan telah menyampaikan hamper kepada golongan penduduk kurang berpendapatan disamping mengadakan lawatan ke kediaman keluarga miskin menerusi majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment