Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2011

Hari Valentine peluang orang berniaga


Caption: BEROPERASI...Gerai Hari Kekasih milik pasangan Elison Lingoh dan Helen Kong ketika dikendalikan oleh menantu perempuannya bersama rakan di Jalan Hospital hari ini.


SRI AMAN, Isnin (14 Feb) – 14 Februari sudah semestinya menjadi tarikh yang cukup penting bagi pasangan kekasih atau pun suami isteri di seluruh dunia memandangkan tarikh berkenaan dianggap sebagai sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day.


Menerusi sambutan Hari Kekasih suami isteri mahupun pasangan yang sedang bercinta akan membelikan hadiah kepada pasangan masing-masing seperti bunga, jam tangan, dan barang perhiasan sebagai simbol ikatan kasih sayang atau cinta.

Untuk itu Utusan Sarawak berkesempatan melakukan tinjaun rambang terhadap gerai yang menjual pelbagai jenis barangan bertemakan Valentine Day kepada penduduk dalam bandar Sri Aman.

“Saya bersama suami buat pertama kalinya mengambil kesempatan untuk menjual produk Hari Valentine Day kepada mana-mana individu yang mahu meraikan hari berkenaan di sini,” kata Helen Kong.

Antara produk sambutan Hari Valentine @ Hari Kekasih yang telah beliau bersama suaminya, Elison Linggoh jual pada hari ini ialah bunga hidup bernilai antara RM10 hingga RM168.


Manakala itu seorang penduduk iaitu Stonton James, 28, berkata sambutan Hari Kekasih ini boleh dianggap meriah kerana terdapat individu yang mengambil inisiatif untuk membuka gerai sementara di Jalan Hospital bagi menjual bunga dan hadiah bersempena hari istimewa terbabit.


Bagi Mohammad Tommie Abdullah, 34, sambutan Hari Kekasih seharusnya dijadikan sebagai satu peluang bagi pasangan suami isteri untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan masing-masing.


Menerusi sambutan Hari Kekasih katanya, pasangan suami isteri atau pun kekasih perlu mengambil peluang untuk memperbaiki hubungan masing-masing secara lebih positif demi kebaikan bersama.



Tamat.

No comments:

Post a Comment