Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 February, 2011

Harden rasmi soft opening Program Senada Sejiwa Sri Aman 2011



Caption:

1. RASMI...Harden sedang menandatangani buku pelawat di salah sebuah gerai pameran ketika menyempurnakan upacara ‘soft opening’ hari ini.

2. MERIAH...Penduduk sedang membanjiri kawasan tapak pameran yang diadakan bersempena dengan program itu hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (25 feb) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis telah menyempurnakan majlis pembukaan Program Senada Sejiwa Peringkat Bahagian Sri Aman 2011 di Padang Lama KPSU Sri Aman hari ini.

Beliau menyempurnakan upacara berkenaan di tapak pameran Program Senada Sejiwa sambil disaksikan oleh Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, timbalannya Felicia Tan dan Desmond Douglas Jerukan, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Nelson Mujah Girie pada jam 2.30 petang.

Sebaik sahaja selesai merasmikan upacara berkenaan, Harden sambil diiringi oleh tetamu undangan khas yang lain telah melakukan kunjungan ke tapak pameran di situ sebelum menyaksikan sesi raptai koir di pentas utama Program Senada Sejiwa Sri Aman.

Terdahulu tinjauan rambang hari ini mendapati bahawa sekitar 4,000 orang penduduk membanjiri kawasan tapak penganjuran Program Senada Sejiwa Bahagian Sri Aman bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang hari ini.

Rata-rata penduduk hadir untuk menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung pada program berkenaan antaranya ialah pameran, pertandingan e-peraduan, saringan awal karaoke, petanque, street soccer, soccer penalty shoot, menyumpit, netball shoot dan boling kelapa.

Program itu diteruskan pada sebelah malam dengan aktiviti pameran, pertandingan e-peraduan, pentas rakyat, persembahan kebudayaan, persembahan nyanyian artis tempatan dan pertandingan fesyen kanak-kanak.

Antara lain-lain aktiviti yang bakal diadakan sehingga 27 Februari ini ialah lari ikat kaki, lari ikat kaki berpasangan, meniup belon, membawa bola ping-pong dalam sudu, boling kelapa serta ceramah latihan dan kerjaya, pentas rakyat, persembahan kebudayaan, persembahan nyanyian artis tempatan dan pertandingan Ratu Sejiwa Senada.

Program Senada Sejiwa Bahagian Sri Aman yang melibatkan penyertaan sebanyak 66 buah agensi persekutuan, 52 buah agensi negeri 12 buah badan berkanun itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri,Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi pada 26 Februari ini bermula jam 10.30 pagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment