Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 February, 2011

Harden kunjung rumah Penghulu Lee Thong Seng di Pekan Lachau


Caption: MESRA..Harden (duduk tengah) bersama Penghulu Lee (kanan) dan Simba (kiri sekali) ketika bersama tetamu sempena sambutan Tahun Baru Cina di kediaman beliau kelmarin.

Patrick Michael

PANTU, Isnin (7 Feb) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan kunjungan Tahun Baru Cina 2011 ke kediaman Penghulu Lee Thong Seng di Pekan Lachau, kira-kira 60 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman kelmarin.

Harden telah mengadakan kunjungan tahun baru ke kediaman Lee bersama dengan isteri, Simba Nalang, Pegawai JASA Simanggang, Vincent Roy Muda, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Simanggang, Ling Siew Hung, ahli parti SUPP dan ketua kaum yang lain.

Kedatangan Harden ke Pekan Lachau telah disambut meriah oleh Penghulu Lee dan keluarga pada jam 9 pagi sebelum kesemua mereka dijemput untuk menjamu pelbagai juadah makanan yang menarik sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang bersama rombongannya itu berangkat pulang ke Bandar Sri Aman setelah meluangkan masa selama sejam untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga Lee.

Terdahulu keluarga Penghulu Lee Thong Seng yang mempunyai perniagaan restoran di Pekan Lachau dianggap mempunyai pertalian rapat dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Haji Muhammad Salahuddin.

Ikatan ini wujud hasil persahabatan erat antara ayah Penghulu Lee dan Tun Salahuddin yang selama ini sering mengadakan kunjungan Tahun Baru Cina ke kediaman beliau sebelum ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment