Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 February, 2011

Harapan pembangunan rakyat amat mengunung di Sri Aman - Harden


SRI AMAN, Sabtu (26 Feb) – Rakyat ternyata menyimpan harapan tinggi untuk menyaksikan penyediaan pelbagai kemudahan terbaru daripada kerajaan di kawasan Sri Aman demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Bagaimanapun rakyat Sri Aman kata beliau harus sedar bahawa faktor tanah dan peruntukan kewangan boleh menyumbang kepada kelambatan proses penyediaan kemudahan yang diperlukan oleh mereka selama ini.

“Hospital baru Sri Aman misalannya berhadapan dengan proses penyediaan tapak tanah dan peruntukan sehingga ada pihak tertentu yang sengaja menjadikan ia sebagai isu demi kepentingan politik masing-masing.

“Saya tidak pernah berputus asa untuk menjayakan pembinaan hospital baru ini. Cuma yang harap ialah agar rakyat di sini (Sri Aman) faham bahawa kedua-dua faktor itu boleh menyumbang kepada kelewatan perlaksanaan projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 yang berlangsung di Padang Lama, KPSU Sri Aman hari ini.

Selain itu pihaknya kata Harden masih belum menerima ‘berita gembira’ mengenai kata putus pihak kerajaan berhubung pelan pembinaan semula Kubu Alice yang tampak usang pada masa sekarang.

“Pembinaan semula Kubu Alice akan dapat mempromosi produk pelancongan kawasan Sri Aman ke mata dunia. Justeru saya berharap agar kerajaan dapat meneliti semula permohonan terbabit bagi menjadikan Sri Aman sebagai bandar pelancongan selepas ini,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Sri Aman 2011 bertempat di Padang Lama, KPSU Sri Aman pada jam 11 pagi hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohammad Morshidi Abdul Ghani, para barisan menteri kabinet persekutuan, menteri muda kabinet Kerajaan Negeri, para wakil rakyat BN dan pegawai jabatan kerajaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment