Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 February, 2011

Halatuju pembangunan ditentukan oleh rakyat, Rayong


Caption: IKHLAS...Rayong (tengah) menyaksikan penyerahan alat siaran raya oleh pihak KEMAS kepada pihak Kampung Melayu Engkilili pada program itu kelmarin.

ENGKILILI, Rabu (23 Feb) – Sokongan politik rakyat akan menentukan halatuju pembangunan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili selepas pilihan raya negeri ini nanti.

Wakil rakyatnya Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata halatuju pembangunan ini boleh diramal menerusi tindakan rakyat yang menyokong kerajaan diteraju oleh Barisan Nasional (BN) ataupun pihak pembangkang.

“Jika mereka menyokong BN maka hala tuju pembangunan bagi kawasan DUN Engkilili akan berubah menjadi lebih rancak dengan pelbagai pelan baru selepas pilihan raya negeri kelak.

“Bagaimanapun jika pembangkang menang di sini (Engkilili) selepas pilihan raya negeri kelak maka rancangan pembangunan kerajaan untuk penggal seterusnya akan terbantut disebabkan oleh tindakan rakyat itu sendiri,” katanya.

Justeru Rayong meminta rakyat dalam kawasan DUN Engkilili untuk berfikir panjang sebelum bertindak mengundi pembangkang pada pilihan raya negeri kelak demi kebaikan hidup mereka.

Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Murni anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Engkilili bertempat di Kampung Melayu Engkilili kelmarin.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada JKKK Kampung Melayu Engkilili sebelum menyampaikan enam buah kerusi roda untuk penduduk dalam kawasan beliau.

Rayong pada majlis itu turut menyampaikan dua buah enjin pemproses getah dan seterusnya menyaksikan penyerahan alat siaran raya sumbangan pihak KEMAS kepada Masjid Kampung Melayu Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment