Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Futsal DUN Lingga dibuka mulai sekarang



Caption: TARIKAN...Iklan menunjukkan kejohanan sukan futsal bagi DUN Lingga yang bakal berlangsung pada bulan Mac depan.


SRI AMAN, Ahad (20 Feb) – Pertandingan Futsal Mesra Belia Sarawak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga kini dibuka kepada peminat sukan terbabit di Bahagian Sri Aman mulai sekarang.

Jurucakap penganjur, Zaidil Haji Ripin ketika dihubungi memberitahu penyertaan bagu Pertandingan Futsal Mesra Belia Sarawak ini hanya terhad kepada 20 buah pasukan lelaki dan 10 buah pasukan wanita.

“”Pertandingan Futsal Mesra Belia Sarawak bagi kawasan DUN Lingga akan diadakan bermula 12 hingga 13 Mac bertempat di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak Bahagian Sri Aman.

“Tujuan utamanya ialah untuk mencungkil bakat golongan belia dari kawasan Bahagian Sri Aman dalam bidang sukan futsal yang kian mendapat tarikan ramai pada masa sekarang,” katanya.

Selain Pertandingan Futsal Mesra Belia Sarawak DUN Lingga anjuran Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini kata Zaidil juga dapat mengelakkan golongan belia daripada terjerumus dalam gejala sosial selepas ini.

Justeru kumpulan lelaki dan wanita yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan pertandingan futsal ini boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-5673629 atau Mohd Israk Ismail di talian 013-8233820.

Selain itu Zaidil turut menambah bahawa kejohanan liga bolasepak Sri Aman telah ditunda ke awal bulan Mac ini bagi memberi laluan kepada penganjuran Program Senada Sejiwa bermula 25 hingga 27 Februari kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment