Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 February, 2011

Durian oh durian

SRI AMAN, Rabu (16 Feb) – Satu perbalahan kecil dilaporkan berlaku dikalangan penjual buah durian jalanan di sebuah lokasi dalam kawasan Sri Aman petang kelmarin.

Kata sumber peristiwa bermula apabila seorang penduduk melimpasi sekumpulan penjual buah durian di kawasan tepi jalan sebelum beliau mengesyaki sesuatu yang tidak betul mengenai buah durian berkenaan.

“Setiap buah durian mempunyai corak duri, bentuk dan warnanya yang tersendiri. Pemilik buah durian akan mengabungkan corak ini untuk menentukan buah durian yang berasal dari dusunnya.

“Dalam kejadian itu, salah seorang daripada kumpulan penjual durian itu disyaki oleh penduduk itu menjual buah durian yang diambil dari dusun saudara-maranya. Maka dari sini pertelingkahan terbabit tercetus,” kata sumber.

Penduduk yang tidak berpuashati terhadap penjelasan yang diberi oleh kumpulan penjual buah durian terbabit kemudiannya bertindak menemui saudaranya untuk melaporkan perkara berkenaan.

Saudaranya yang terkejut mendengar dakwaan penduduk itu terus bertindak pergi ke dusun durian milik keluarganya demi memastikan sama ada kumpulan itu menjual durian milik mereka atau tidak.

“Pemeriksaan mengejut mendapati bahawa pokok durian miliknya tidak meghasilkan buah bagi musim ini. Dengan kata lain kumpulan terbabit tidak menjual durian milik beliau pada hari itu.

“Ini perkara normal ketika berlangsung musim jualan buah durian yang kurang. Pelbagai perkara boleh berlaku apabila harga durian melonjak kepada RM35 untuk dua biji bersaiz sederhana pada masa sekarang,” kata sumber.

Tamat.

No comments:

Post a Comment