Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 February, 2011

Dua lelaki kemalangan berlanggar motorsikal

PANTU, Isnin (14 Feb) – Dua orang lelaki mengalami kecederaan setelah terbabit dalam kemalangan motorsikal berhampiran kawasan Sungai Tenggang, Pantu, kira-kira 72 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman lewat petang kelmarin.

Sumber memberitahu mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke pondok kebunnya selepas berkunjung ke Pekan Sungai Tenggang untuk membeli beberapa buah barangan di situ menggunakan motorsikal.

Setelah hampir tiba ke kawasan simpang masuk menuju ke kebunnya, mangsa dipercayai memberikan lampu isyarat membelok ke kanan sambil diikuti oleh sebuah kereta dari arah belakang.

Ketika mangsa mahu membelok masuk ke simpang berkenaan, seorang lelaki yang menunggang motorsikal dari arah Kuching bertindak memotong kereta yang berada di belakang mangsa.

Situasi berkenaan menyebabkan penunggang motorsikal yang tiba dari arah Kuching tidak sempat mengelak dan seterusnya merempuh motorsikal mangsa pertama dari arah belakang.

Beberapa orang penduduk kemudiannya campur tangan untuk menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua mereka sebelum mangsa pertama dihantar ke Hospital Sri Aman pada hari ini disebabkan kecederaan keretakan tulang di lengan tangan kanan.

“Manakala itu mangsa kedua pula dihantar oleh penduduk berdekatan ke simpang Temudok Sri Aman memandangkan motorsikal miliknya rosak teruk dan terpaksa ditinggalkan di Pekan Lachau,” kata sumber.

Tamat.

No comments:

Post a Comment