Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 February, 2011

Dr Wahbi turun padang baiki jalan Kampung Serabang, Pusa


Caption: KERJASAMA...Dr Wahbi (hadapan empat kiri) ketika bersama penduduk Kampung Serabang pada program gotong-royong berkenaan.

PUSA, Selasa (8 Feb) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi telah menyertai kempen gotong-royong memperbaiki jalan simen yang berlubang dan pecah di Kampung Serabang, Pusa baru-baru ini.

Gotong-royong memperbaiki jalan simen yang melibatkan penyertaan seramai 80 orang penduduk kampung Serabang itu turut menyaksikan Dr Wahbi menyumbang beberapa perkakas seperti batu serta pasir bagi menjayakan usaha berkenaan.

“Jalan kecil di Kampung Serabang sepanjang satu kilometer ini hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan bukannya kenderaan sebelum ia dinaiktaraf oleh kerajaan hampir satu tahun yang lepas.

“Selepas dinaiktaraf, kenderaan termasuk motorsikal dan kereta sudah boleh melalui jalan ini. Jadi beliau (Wahbi) telah turun padang bagi memastikan kerosakan terhadap jalan berkenaan diperbaiki demi keselesaan penduduk,” kata jurucakap penganjur.

Selain itu katanya usaha naiktaraf jalan di Kampung Serabang ini adalah merupakan usaha kerajaan dalam mengurangkan jurang kemudahan rakyat di kawasan luar bandar dan bandar.

Dengan adanya pembinaan jalan ini maka penduduk Kampung Serabang menurut beliau nyata merasai perubahan hidup menerusi hasil titik peluh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin yang mewakili mereka.

Terdahulu Dr Wahbi pada program berkenaan turut mengumumkan peruntukan geran berjumlah RM5,000 bagi menaiktaraf dan melebarkan jalan kampung pada masa akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment