Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 February, 2011


Caption: MERIAH...Penduduk membanjiri kawasan Thua Pek Kong Sri Aman untuk menyaksikan titik mula perarakan sempena perayaan Cap Goh Mei 2011 malam tadi.


SRI AMAN, Jumaat (18 Feb) – Perayaan Cap Goh Meh 2010 Peringkat Bahagian Sri Aman akan tempang tanpa adanya penganjuran perarakan mega dalam bandar ini acapkali berlangsungnya perayaan ini pada setiap tahun.

Ini kerana perarakan mega yang membabitkan pameran kenderaan berhias dan banyak lagi nyata mampu menarik sekitar 5,000 hingga 7,000 penduduk untuk berhimpun menyaksikan aktiviti berkenaan.

Ketika berlangsungnya kemuncak sambutan perayaan ini iaitu acara perarakan mega ini pada malam tadi Utusan Sarawak berkesempatan menemubual beberapa orang penduduk untuk mendapatkan komen masing-masing berhubung sambutan terbabit.


Seorang penduduk iaitu James anak Biong, 34, dari Punggu, Sri Aman melahirkan rasa cukup bangga berhubung penganjuran sambutan perayaan Cap Goh Meh yang diadakan bagi peringkat bahagian dalam bandar Sri Aman pada tahun ini.


Menurut beliau perayaan Cap Goh Meh merupakan salah satu aktiviti yang paling menarik diadakan dalam bandar ini selain dari Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu pada setiap tahun.


“Keunikannya ialah tentang budaya. Perarakan ‘mega’ yang diadakan sempena perayaan itu pada malam tadi secara tidak langsung membolehkan kita faham dan sedar akan betapa pentingnya nilai budaya dan adat resam kaum dalam negeri kita selama ini.

“Anda lihat sahaja hampir 5,000 penduduk menyaksikan acara perarakan di sini. Ia adalah isyarat yang menunjukkan bahawa nilai budaya setiap kaum masih menjadi minat utama dalam diri penduduk berbilang kaum dalam bandar ini,” menurut beliau.

Seorang penduduk iaitu Roy Martin anak Chengiam, 29, dari Empili, Pantu berpendapat bahawa kekuatan sambutan perayaan Cap Goh Meh kali ini dilihat menghimpun semua penduduk berbilang kaum di bawah naungan 1Malaysia.


“Bunyinya mungkin kedengaran biasa. Namun penganjuran Cap Goh Meh peringkat Bahagian Sri Aman ini secara tidak langsung telah ‘mempamerkan’ kunci ikatan perpaduan yang kukuh di antara kita.


“Ini satu usaha yang amat positif. Justeru saya berharap agar lain-lain perayaan utama dalam daerah Sri Aman dapat juga diangkat menjadi perayaan peringkat bahagian selepas ini,” katanya.


Mei anak Biong, 28, juga dari Punggu, Pantu berpendapat perayaan Cap Goh Meh wajar dijadikan salah satu produk perlancongan dalam bandar ini di masa akan datang selain dari Pesta Benak dan Pesta Ikan Bulu.


“Jika dipromosi mungkin perayaan Cap Goh Meh di sini akan mampu menarik kedatangan ribuan pengunjung dari seluruh pelusuk negeri Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment