Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 February, 2011

Bong dan Bong nafi sokongan Krai jadi calon SUPP di Engkilili


Caption: BERSIHKAN NAMA KAMI! Bong Kee Kiun (kiri) dan Bong Jin Choon (kanan) ketika ditemui media berhubung isu terbabit hari ini.


ENGKILILI, Ahad (27 Feb) – Bekas calon SUPP untuk kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri 2006 iaitu Jonathan Krai Pilo didakwa bukan memberi sumbangan kepada Persatuan To Pak Kong Jelukong seperti yang dilapor dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan Inggeris pada 26 Februari lepas.

Individu yang dikatakan sebagai Pengerusi To Pak Kong Jelukong menerusi siaran berita berkenaan iaitu Bong Kee Kiun mendakwa Krai hanya membayar hutang kepada beliau dan bukannya menderma untuk persatuan terbabit.

“Gambar dalam kedua-dua akhbar itu menunjukkan Krai menyerahkan wang dalam sampul surat kepada saya dan sekaligus menyakinkan orang ramai bahawa Persatuan To Pak Kong Jelukong menerima sumbangan daripada beliau.

“Hakikat sebenarnya ialah beliau sebelum ini pernah meminta saya untuk membeli dahulu bendera bernilai RM120 buat pihak To Pak Kong Marup. Justeru wang itu adalah bayaran kembali kepada saya kerana membeli bendera berkenan,” jelas beliau.

Selain itu Bong turut mendakwa tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dalam kedua-dua akhbar tempatan bertarikh 26 Februari itu berhubung isu sokongan orang Cina kawasan Engkilili terhadap Krai.

Sementara itu seorang lagi individu yang dinyatakan dalam berita terbabit iaitu Kapitan Bong Jin Choon juga mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu pembangunan dan krisis kepimpinan Dr Johnnical Rayong Ngipa selaku ADUN Engkilili.

“Kedua-dua kami masih menyokong Rayong sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi DUN Engkilili milik SUPP pada pilihan raya negeri kelak. Segala komen kami dalam berita terbabit hanyalah rekaan Krai semata-mata,” jelas beliau.

Tamat….

No comments:

Post a Comment