Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 February, 2011

Belia sumbang pembangunan negara - Salihin


Caption: SEDIA...Salihin (kiri) bersama Razi (tengah) sebaik sahaja selesai meninjau tapak penganjuran karnival 1 Belia di Pusa baru-baru ini.


PUSA, Jumaat (11 Feb) - Peranan golongan belia harus dipertingkatkan dalam menjayakan dasar kerajaan di semua peringkat kata Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Mohd Salihin Kachon.

Justeru katanya belia sebagai aset pelapis kepimpinan Negara harus diberi ruang secukupnya dalam pelaksanaan dasar kerajaan membangunkan golongan ini di semua lapisan peringkat.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk merancang dan melaksanakan pelbagai dasar terbaik bagi meningkatkan peranan belia khasnya dari kawasan luar bandar agar golongan ini setanding dengan golongan belia di bandar.

“Pihak kerajaan juga sememangnya berusaha memperkasakan peranan belia dalam semua bidang bagi memastikan pembangunan golongan ini seiring dengan pembangunan negara,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan Karnival Mesra Belia 1Sarawak bagi DUN N.24 Beting Maro di sini baru-baru ini.

Ia katanya termasuk memastikan penglibatan mereka dalam program berorientasikan “Mesra Belia” ke arah merealisasikan konsep 1 Belia 1 Malaysia melalui pelaksanaan Karnival Mesra Belia 1Sarawak yang diadakan di semua 71 buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pada 22 Januari lalu.


Selain itu beliau yang bersama Ketua Pemuda PBB Cawangan N.30 Saribas, Mohammad Razi Sitam ketika meninjau persediaan pelaksanaan Karnival Mesra Belia peringkat DUN N.30 Saribas berkata golongan belia diseru agar memanfaatkan peluang sepanjang program ini bagi mendekati diri dengan pemimpin masing-masing.

“Karnival Mesra Belia 1Sarawak peringkat DUN N.30 Saribas akan berlangsung pada hujung minggu ini iaitu pada 12 dan 13 Februari 2011 bertempat di Kampung Bungin. Menteri Belia dan Sukan, Dato Sri Ismail Sabri Chik dan ADUN Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi akan hadir pada perasmian program tersebut,” katanya.

Beliau menambah bahawa program bagi peringkat DUN N.24 Beting Maro akan berlangsung pada 2 hingga 3 April di Pekan Pusa dan akan dirasmikan oleh wakil rakyatnya iaitu Datuk Haji Bolhassan Haji Di ADUN.

Katanya Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dijangka hadir bagi menambah seri program berkenaan dan pelbagai aktiviti menarik akan dilangsungkan sepanjang karnival tersebut seperti program mesra pemimpin, senamrobik, konvoi bermotosikal, pameran Agensi Kerajaan serta Semakan Daftar Pemilih.

“Aktiviti-aktiviti lain yang turut diselitkan bagi memeriahkan karnival selama dua hari tersebut ialah gerai jualan, pertandingan futsal, sukaneka, persembahan pentas, khidmat kemasyarakatan dan persembahan istimewa daripada artis-artis terkemuka tanah air,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment