Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

Belia 21 tahun ke atas harus tunai tanggungjawab sebagai pengundi

Slug: WahbiPengundi + pic 20.02.11

Caption: APA KHABAR? Dr Wahbi sedang beramah mesra dengan konvoi kumpulan Black Wings bersempena dengan karnival mesra belia di Spaoh.


SPAOH, Ahad (20 Feb) – Belia berumur 21 tahun ke atas dinasihat untuk mendaftarkan diri masing-masing sebagai pengundi mulai sekarang demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi.

Katanya sumbangan belia sebagai pengundi adalah amat penting bagi menentukan barisan pemimpin politik yang berkelayakan dalam meneraju pembangunan negara khasnya kawasan DUN Saribas.

“Golongan belia harus bersikap serius mengenai tanggungjawab ini. Kita tidak mahu para belia lepas tangan dan mengabaikan peranan utama mereka dalam menentukan arus pembangunan negara selepas ini,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Pemimpin dan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia bertempat di Kampung Bungin, Spaoh, Betong baru-baru ini.

Selain itu Wahbi juga menasihatkan golongan belia untuk mempertahankan kerusi DUN Saribas milik Barisan Nasional (BN) dengan memastikan kemenangan calon mereka pada pilihan raya negeri nanti.

“Saya berharap agar golongan belia tidak mudah sensitif terhadap segala dakyah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang mengenai kerajaan kita menjelang pilihan raya kelak.

“Para belia harus tahu ia taktik biasa pihak pembangkang menjelang pilihan raya. Justeru diharap agar para belia terus menyokong teguh kerajaan pimpinan BN Negeri demi kesinambungan negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Wahbi juga menasihatkan para belia untuk memanfaatkan segala ilmu pengetahuan yang mereka perolehi ketika berlangsungnya penganjuran Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia.

Terdahulu Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak 1 Malaysia telah dimeriahkan lagi dengan konvoi bermotosikal berkuasa tinggi oleh kumpulan Black Wings, pembukaan kaunter suruhanjaya pilihan raya, pameran, rawatan kesihatan percuma, bola sepak, sepak takraw, pertandingan kugiran dan persembahan kebudayaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment