Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 February, 2011

Anak aset negara kata Rayong




Caption: MANFAATKAN...Rayong (tengah) menyampaikan cek KWAMP kepada wakil penerima ketika berlangsungnya majlis itu.

ENGKILILI, Selasa (22 Feb) – Anak- anak merupakan ‘pelaburan’ penting dalam menjana pembangunan pesat negara pada masa akan datang demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Ini kerana anak-anak kata beliau dianggap sebagai satu aset penting bagi mengantikan barisan kepimpinan masa depan pembangunan negara selepas ini sekiranya dididik dengan betul.

“Justeru penguasaan anak-anak dalam bidang akademik katanya adalah amat penting bagi membolehkan anak-anak menjadi individu professional untuk kesinambungan proses pembangunan negara dan negeri khasnya selepas ini.

“Kerajaan mahu anak-anak pada masa sekarang menjadi individu professional membangunkan negara dari segi bidang politik, ekonomi dan sosial dalam temph 10 hingga 20 tahun kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat, Engkilili kelmarin.

Selain itu ibubapa menurut beliau juga memikul tanggungjawab berat dalam mendidik anak-anak ketika berada di rumah walaupun tugas itu digalas oleh para guru ketika berada di sekolah.

“Ibubapa dan guru harus sentiasa berbincang dan bekerjasama di antara satu sama yang lain berhubung hal ehwal peningkatan taraf akademik anak-anak. Peranan ini penting bagi merealisasikan matlamat kerajaan bagi mencapai status negara maju selepas tahun 2020 kelak,” katanya.

Terdahulu Rayong telah menyempurnakan majlis penyampain duit KWAMP (e-kasih) bernilai RM15,000 kepada 25 orang murid yang terdiri daripada kategori miskin dan miskin tegar.

Tamat..

No comments:

Post a Comment