Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 February, 2011

600 penduduk sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Kampung Betong 1432 H / 2011 H



Slug: BetongMaulidur + pic 16.02.11

Caption:

1. UNTUK ALBUM...Sebahagian daripada tetamu khas bergambar kenangan sebelum bermulanya upacara perarakan Maulidur Rasul peringkat Kampung Betong kelmarin.

2. MERIAH...Kontinjen JKKK Kampung Masjid Betong sedang berarak pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Betong kelmarin.

Saleman Senin

BETONG, Rabu (16 Feb) – Sambutan Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M turut berlangsung dengan penuh meriah di Bandar Betong apabila seramai 600 orang penduduk Islam mengambil bahagian dalam upacara perarakan bagi peringkat Kampung Betong ini kelmarin.

Dengan bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah, kesemua peserta yang terdiri daripada penduduk kampung dan pegawai kerajaan ini telah memulakan perarakan sejauh dua kilometer dari perkarangan Masjid Jamek, Betong.

Dari Masjid Jamek, kesemua peserta kemudiannya bergerak ke kawasan Kampung Baru Hulu sambil melintasi kawasan Kampung Baru Hilir dan seterusnya mengelilingi kawasan Bandar Betong.

Kesemua peserta kemudiannya bergerak ke Kampung Masjid, Tengah dan Kampung Hilir sebelum kesemua mereka kembali ke perkarangan Masjid Jamek untuk menjayakan beberapa buah aktiviti yang turut diadakan pada program itu.

Terdahulu wakil Pegawai Agama Islam Betong, Ustaz Mohamad Nor bin Tuah ketika berucap merasmikan majlis berkenaan memberitahu pembentukan ummah bukan merupakan perkara senang bagi seluruh umat Islam.

“Namun tanggungjawab sebagai seorang umat Islam dalam merealisasikan pembentukan sahsiah diri adalah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W iaitu menyeru ke arah kebaikan dan mengajak umat bersatu-padu.

“Ia adalah usaha bagi menegakkan kebenaran disamping mengelak berlakunya perpecahan dan pertelingkahan. Semua umat bertanggungjawab mencegah kemungkaran dengan semangat perpaduan jati diri yang kukuh,” katanya.


Beliau turut menambah bahawa sambutan Maulidur Rasul merupakan hari memperingati kelahiran junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang diserikan lagi dengan tema 1 Malaysia 1 Ummah iaitu memberi pengertian mendalam dalam membentuk akidah diri disamping memperjuang syiar Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis Rasululah S.A.W.

“Dan pengertian ini bukannya membawa kepada perpecahan kaum dan kemusnahan harta benda sebagaimana yang berlaku dimana-mana negara lain yang kita dengar pada masa sekarang,” katanya.


Justeru Nor berpendapat bahawa sambutan ini adalah merupakan jalan terbaik untuk semua umat bagi memastikan kejayaan kemajuan ummah disamping berganding bahu dalam merencana sesuatu ke arah kebaikan selepas ini.

Hadir sama ialah Kaunselor Kampung Melayu Betong Haji Mohd Rajuna bin Omar, Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua Kampung Hilir Betong, Segara bin Dulkari, Wakil Pegawai Jabatan Agama Islam Betong, Ustaz Johari dan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Saimi bin Saibi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment