Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 February, 2011

5,000 penduduk saksikan perarakan Cap Goh Mei 2011


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah) dan Masir (kiri) ketika bersama tetamu kehormat yang lain sebelum menyertai perarakan mega sempena perayaan Cap Goh Mei di Bandar Sri Aman malam tadi.


SRI AMAN, Jumaat (18 Feb) – Lebih 5,000 orang penduduk membanjiri kawasan pusat bandar Sri Aman untuk menyaksikan acara perarakan secara besar-besaran bersempena dengan sambutan perayaan Cap Goh Mei Peringkat Bahagian Sri Aman malam tadi.


Menerusi acara terbabit sejumlah 55 buah kontinjen yang terdiri daripada persatuan, jabatan kerajaan dan swasta dari sekitar daerah Sri Aman ini mengambil bahagian dalam perarakan bermula seawal jam 6.45 petang.


Antara pihak yang dikenalpasti mengambil bahagian dalam perarakan bersempena dengan sambutan perayaan Cap Goh Mei ini ialah Persatuan Soon Heng Sri Aman dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Simanggang dan banyak lagi.


Perarakan terbabit yang bermula dari kawasan Tokong Cina Sri Aman telah diketuai oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah iaitu Datuk Francis Harden Hollis sambil ditemani oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Temenggung Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng serta ramai lagi.


Kesemua rombongan perarakan terbabit memulakan perjalanan mereka dari Jalan Main Bazaar, Jalan Sim Kim, Jalan Sabu dan seterusnya memasuki laluan Jalan Kuching – Sri Aman dan menuju ke Jalan Hospital sebelum mengakhiri perarakan di Jalan Kapitan menjelang jam 9.30 malam.


Perarakan bersempena dengan sambutan perayaan Cap Goh Mei pada tahun ini menjadi tarikan penduduk sekitar bandar Sri Aman apabila mereka berpeluang untuk melihat perarakan lebih 10 buah kereta berhias pada malam berkenaan.

Malahan perarakan bersempena dengan sambutan perayaan Cap Goh Mei 2011 kali ini juga boleh dianggap unik kerana ianya bukan sahaja membabitkan penyertaan penduduk kaum Cina malahan penduduk kaum bumiputera yang lain.


Bagaimanapun perarakan bersempena dengan sambutan perayaan Cap Goh Mei tiba pada tahap kemuncaknya apabila orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pertunjukkan bungi api yang menyerikan suasana malam sambutan bermula dari pukul 9.45 hingga 10.30 malam tadi.


Tamat.

No comments:

Post a Comment