Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 February, 2011

23 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul Simunjan



Caption: BERGAYA...Majlis Daerah Simunjan (MDS) yang diketuai oleh Edi bin Ameng mendapat tempat kedua bagi kategori kontinjen perarakan terbaik.


SIMUNJAN, Ahad (20 Feb) – Sejumlah 23 buah kontinjen daripada sembilan buah agensi kerajaan dan 14 buah badan bukan kerajaan (NGO) telah menyertai perarakan sambutan Hari Maulidur Rasul 1432H / 2011M peringkat daerah Simunjan di sini kelmarin.

Perarakan sempena sambutan Hari Maulidur Rasul yang dirasmi dan diketuai oleh ADUN Simunjan, Haji Mohd Naroden Haji Majais itu telah bermula dari kawasan Padang Sentral seawal jam 7.30 pagi.

Perarakan ini melalui Jalan Kampung Nanas, Kampung Keleka, Jalan Masjid, Jalan Sabah dan berakhir di Dewan Mesra MDS sebelum aktiviti sampingan termasuk penyampaian hadiah diadakan.

Dalam perarakan tersebut, kontinjen dari Sekolah Kebansgaan (SK) Abang Man telah dinobatkan sebagai juara kategori agensi kerajaan bagi pertandingan kontinjen terbaik perarakan.

Manakala itu pula kedudukan tempat kedua bagi pertandingan kontinjen terbaik perarakan telah dirangkul oleh kontinjen Majlis Daerah Simunjan dan tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng.

Sementara itu kategori orang awam menyaksikan Kampung Sageng Hilir muncul juara manakala kontinjen Remaja Kampung Keleka dan Wanita PBB Zon Simunjan masing-masing memperoleh naib juara dan tempat ketiga bagi pertandingan berkenaan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, iaitu Haji Mohd Naroden sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Syukrie.

Turut serta dalam perarakan itu juga ialah Pegawai Daerah Simunjan, Zainul Abidin Haji Hussain, Setiausaha MDS, Hajah Norhalimah Haji Mohd Hamni, Timbalan LAKIS, Len Haji Solhi dan para pegawai kanan kerajaan, ketua kaum dan penduduk Simunjan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment