Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 January, 2011

Warga emas dan kanak-kanak terima angpow dan hamper dari Chee Chuan Khor


Caption: MERIAHKAN TBC! Harden (belakang empat kanan) bersama Kapitan Kuek (belakang tiga kiri) dan tetamu undangan khas yang lain ketika merakam gambar kenangan bersama penerima angpow pada majlis itu.


SRI AMAN, Rabu (26 Jan) – Pertubuhan Meninggikan Akhlak atau Chee Chuan Khor Simanggang telah menyampaikan angpow dan hamper bersempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC) kepada golongan Warga Emas dan kanak-kanak di sini kelmarin.

Majlis yang bermula seawal jam 11.30 pagi itu menyaksikan seramai 30 orang Warga Emas menerima hamper manakala 30 orang kanak-kanak pula menerima angpow bernilai RM30 seorang.

Bagi menyerikan majlis ini, Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis telah dijemput untuk menyempurnakan upacara pemberian angpow dan hamper pada majlis berkenaan.

“Pihak Chee Chuan Khor Simanggang berharap agar semua penerima dapat memanfaatkan sebaik sumbangan yang kita berikan terhadap mereka pada majlis yang berlangsung pada hari ini.

“Kita berharap agar para penerima terutama sekali golongan Warga Emas dapat bersama-sama menikmati kemeriahan suasana sambutan Tahun Baru Cina 2011 yang akan berlangsung pada 3 Februari ini,” kata Pengerusi Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng.

Terdahulu Harden pada majlis itu juga turut berkesempatan untuk menyempurnakan upacara 1 Paiting The Eye Of Lion yang turut berlangsung di Tua Pek Kong Simanggang sebelum itu.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Temenggong Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua, para ahli Chee Chuan Khor Simanggang dan penerima hamper serta angpow pada majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment