Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 January, 2011

Warga asing mati jatuh pokok gara-gara cicak Kokgo

SRI AMAN, Jumaat (7 Jan) – Seorang warga asing dilaporkan terbunuh gara-gara mahu menangkap seekor cicak Kokgo @ Gecko, di atas pokok getah dalam kawasan Sungai Semengit, Lubok Antu pagi kelmarin.

Cicak Kokgo menjadi rebutan ramai pihak pada masa sekarang ekoran nilai harganya yang begitu tinggi di pasaran disebabkan keupayaan enzim cicak berkenaan yang didakwa mampu mengubat penyakit AIDS dan HIV.

Sumber dari Lubok Antu ketika dihubungi memberitahu lelaki warga asing dari kawasan Kantu, Kalimantan Barat, Indonesia terbabit sedang mengambil upah memotong getah di kawasan berkenaan sekitar jam 9 pagi sebelum berlaku peristiwa itu.

Ketika sedang memotong getah, mangsa berkenaan dipercayai terlihat seekor cicak Kokgo di sebatang pokok getah dan berniat menangkap reptilia terbabit untuk dijual kepada mana-mana pihak yang berminat.

“Mangsa kemudiannya dipercayai memanjat pokok getah berkenaan demi menangkap cicak tersebut dan keghairahan untuk menangkap reptilia itu menyebabkan mangsa tidak menyedari bahawa dirinya sudah memanjat hampir ke kawasan pucuk pokok terbabit.

“Kemudiannya mangsa secara tiba-tiba terjatuh dari pokok getah berkenaan tanpa sebarang sebab yang diketahui dan terbunuh serta-merta di tempat kejadian,” kata sumber.

Mayat mangsa kata sumber kemudiannya dipercayai telah ditemui oleh seorang rakan beliau yang secara kebetulan turut mengambil upah memotong getah di lokasi yang sama selepas itu.

“Mayat mangsa terus dihantar pulang ke kampung asalnya iaitu Kantu, Kalimantan Barat sekitar jam 1 hingga 2 petang. Keghairahan menangkap cicak Kokgo akhirnya membawa padah terhadap diri mangsa itu sendiri,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment