Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 January, 2011

Udang Galah rezeki penduduk Simunjan



Caption: REZEKI...Kumik ketika menunjukkan hasil tangkapan udang yang sudah dibungkus dalam plastik untuk dijual kepada penduduk di Pekan Simunjan.


SIMUNJAN, Jumaat (14 Jan) – Pekan Simunjan dalam Bahagian Samarahan sememangnya cukup terkenal dikalangan orang luar serta penduduk tempatan di situ sebagai “Pekan Udang” selama ini.

Ini kerana hasil tangkapan udang banyak diperoleh oleh nelayan di sini dan seterusnya dijual oleh kumpulan penduduk tertentu dan termasuk juga orang perseorangan di pasar ikan, Pekan Simunjan.

Seorang penjual iaitu Kumik anak Sanggau, 69, dari Rumah Simunjan Jaya ketika ditemui pada tinjauan rambang kelmarin memberitahu beliau dan rakan-rakan seringkali menjual hasil tangkapan udang di kawasan kaki lima, Pekan Simunjan.

“Udang yang dijual oleh saya disini sebenarnya sering diperoleh menerusi teknik tangkapan cara ‘empang’ atau boleh dikatakan juga sebagai teknik memukat di kawasan sungai, Simunjan.

“Teknik ini cukup berkesan. Ia kerana saya bersama rakan mampu memperoleh hasil tangkapan udang sekitar 10 hingga 15 kilogram untuk sekali sesi tangkapan dalam kawasan sungai di sini,” katanya.

Hasil tangkapan udang yang diperoleh oleh beliau seterusnya akan dijual di pasar ikan, Pekan Simunjan iaitu RM25 sekilogram bagi udang galah manakala RM15 sekilogram bagi udang bersaiz sederhana.

Bagaimanapun Kumik juga turut menjual Ikan Betutu dan Keli di Pekan Simunjan selain daripada menjual hasil tangkapan udang galah kepada penduduk dalam kawasan daerah berkenaan selama ini.

“Hasil laut dan sungai juga mampu menjana pendapatan untuk diri saya dan keluarga. Ia terbukti apabila saya mampu memperolehi sekitar RM200 hingga RM250 semusim bagi hasil jualan tangkapan laut ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment