Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 January, 2011

Tiga cedera setelah dipukul: pulang tengok org nikah

SRI AMAN, Isnin (17 Jan) – Tiga orang lelaki mengalami cedera ringan dipercayai dipukul oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali menerusi kejadian yang berlaku dalam kawasan Tinting Panjai, Sungai Nyela, Sri Aman sekitar jam 4 pagi kelmarin.

Sumber memberitahu sebelum berlakunya kejadian kesemua mangsa termasuk saspek penyerang dipercayai menghadiri sebuah majlis perkahwinan bertempat di sebuah rumah panjang dalam kawasan Bukit Begunan pada waktu malam sebelumnya.

“Pada awal pagi keesokan harinya (jam 4 pagi), mangsa bersama rakannya bertindak berangkat pulang ke rumah panjang masing-masing dengan menggunakan motorsikal tanpa menyedari bahawa mereka telah ditunggu oleh dua orang pelaku berkenaan di kawasan Tinting Panjai.

“Ketika menghampiri kawasan tersebut, salah seorang daripada saspek penyerang terbabit bertindak memukul mangsa (penunggang) di bahagian dada dengan menggunakan sebatang pokok kayu bersaiz sederhana.

“Pukulan ini menyebabkan mangsa bersama rakannya (pembonceng) terjatuh dari motorsikal di lokasi tersebut manakala seorang lagi mangsa pula bertindak membuang diri dari motorsikal selepas melihat kejadian itu,” kata sumber.

Mangsa ketiga kemudiannya bertindak menyerpa si pelaku berhubung tindakan mereka sebelum kedua-dua orang pelaku terbabit beredar segera dari lokasi kejadian untuk mengelak serangan balas dari kumpulan rakan mangsa.

“Bagaimanapun kejadian ini tidak dilaporkan kepada pihak polis. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam kejadian serangan ini dipercayai sudah berunding secara luar untuk tidak memburukkan lagi keadaan.

“Ayah kepada salah seorang saspek penyerang merupakan orang yang ternama dalam kawasan Sri Aman. Jika perkara ini dilapor kepada pihak polis maka imejnya boleh tergugat disebabkan oleh sikap ala samseng anak beliau sendiri,” kata sumber.

Tamat.

No comments:

Post a Comment