Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

31 January, 2011

TBS bagi sumbangan kepada penerima Kampung Bungey, Debak


Caption: IKHLAS...Alamshah kiri) menyampaikan bantuan kepada penerima sambil disaksikan oleh Shamshul (tengah belakang) pada majlis itu.

Oleh Bukhari Ibnu

DEBAK, Isnin (31 Jan) – Tabung Baitulmaal Sarawak (TBS) telah menyampaikan bantuan sarahidup berupa makanan asas dan kewangan kepada empat orang penerima bertempat di Masjid Darul Solihin, Kampung Bungey, Debak baru-baru ini.

Bantuan sarahidup ini telah disampaikan oleh Unit Pembangunan dan Wakaf, Ibu Pejabat TBS Kuching iaitu Wan Alamshah bin Wan Senawi sambil disaksikan oleh Pengurus TBS cawangan Sri Aman, Shamshul Bahri Manap.

Terlebih dahulu pihak TBS telah melakukan lawatan ke setiap premis masjid dan surau dalam kawasan Debak termasuk kawasan tanah perkuburan Islam bagi melengkapkan dokumentasi wakaf.

Pihak TBS juga turut melakukan pemantauan terhadap keperluan serta peralatan yang terdapat pada masjid dan surau di kawasan Debak sebelum berlangsung taklimat berhubung wakaf yang dikendalikan oleh Alamshah.

Turut berlangsung ialah taklimat mengenai perlantikan amil bagi sesi penggal 2011 – 2013 yang disampaikan sendiri oleh Shamsul Bahri dan juga perkara mengenai permohonan borang bantuan kemasukan ke IPT di pejabat TBS terdekat bagi pelajar lepasan SPM dan STPM.

Shamshul menegaskan bahawa bantuan ini dikhususkan kepada golongan fakir miskin yang mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi di masa akan datang.

“Golongan fakir miskian lepasan SPM dan STPM boleh juga memohon bantuan ini secara online melalui laman sesawang www.tbs.org.my demi kebaikan masa depan pembelajaran mereka selepas ini,” katanya.

Hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Ketua Kampung Bungey Debak, Abang Abdullah bin Abang Sazali, mantan Pengerusi Masjid Darul Solihin Debak, Haji Awang Kipli bin Awang Besar dan Penyelia KAFA, Abang Salleh bin Abang Ahmad.

Tamat.

No comments:

Post a Comment