Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 January, 2011

Sri Aman semakin berseri : pelan fasa 1 Bandar Baru Sri Aman


Caption: PEMANGKIN EKONOMI...Beberapa buah blok bangunan komersial yang baru kelihatan hampir siap dibina menerusi pelan Fasa I Bandar Baru Sri Aman kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (14 Jan) – Proses pembinaan Projek Fasa I Bandar Baru Sri Aman dalam kawasan Jalan Resak di sini ternyata mula menampakkan hasilnya kepada penduduk bagi awal tahun ini.

Ia terbukti apabila beberapa buah blok bangunan komersial yang baru di bawah projek fasa I ini kelihatan hampir 80 peratus siap dan boleh dilihat dari kawasan bulatan, Jalan Hospital Sri Aman dari semasa ke semasa.

Utusan Sarawak yang melakukan tinjauan terhadap proses perlaksanaan projek berkenaan hari ini mendapati bahawa pembinaan blok bangunan komersial dapat mengubah landskap Bandar Sri Aman dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Seorang penduduk iaitu Stonton James, 27, ketika ditemui memberitahu kerajaan Barisan Nasional (BN) nyata mengotakan janjinya bagi mengubah taraf hidup ekonomi penduduk Sri Aman selama ini.

Beliau sudah mengikuti perkembangan mengenai projek Fasa I Bandar Baru Sri Aman semenjak ia diumumkan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis pada tahun 2008 dahulu.

“Kini pembinaan bangunan baru di bawah pelan ini nampaknya hampir siap. Saya yakin aktiviti ekonomi di Bandar Sri Aman akan bertambah rancak dengan adanya blok bangunan komersial baru berkenaan selepas ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk iaitu Usun binti Dorah, 24, berpendapat bahawa semua penduduk harus memandang positif terhadap perlaksanaan projek fasa I pembinaan Bandar Baru Sri Aman selepas ini.

Ini kerana terdapat setengah pihak yang mendakwa perlaksanaan projek Bandar Baru Sri Aman akan mewujudkan masalah kesesakan lalulintas yang lebih teruk di Bandar Sri Aman sebaik sahaja projek itu selesai kelak.

“Dakwaan ini salah. Projek Bandar Baru Sri Aman sebenarnya akan memberi peluang ekonomi yang lebih tinggi terhadap penduduk di masa akan datang dan bukan seperti yang digambarkan oleh mana-mana pihak sebelum ini,” katanya.

Tamat.

1 comment: