Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 January, 2011

Sertai Kejohanan Bolasepak Liga Veteran Sri Aman pada 15 Jan ini! - Zaidil


Mugshot: ZAIDIL HAJI RIPIN


SRI AMAN, Sabtu (8 Jan) – Pertandingan Bola Sepak Liga Veteran Sri Aman 2011 akan menjadi kejohanan bola sepak pertama yang bakal berlabuh tirainya di Sri Aman pada 15 Januari kelak.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (SAFA), Zaidil Haji Ripin ketika dihubungi memberitahu Pertandingan Bola Sepak Liga Veteran Sri Aman 2011 ini akan diadakan di Padang Lama KPSU Sri Aman.

“Pertandingan yang dihadkan penyertaannya kepada lapan buah pasukan ini terbuka kepada semua pemain bola sepak di Bahagian Sri Aman sehingga tarikh tutupnya pada 14 Januari ini.

“Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah RM300. Pasukan yang berminat boleh menghubungi saya untuk mendapatkan borang di talian telefon 013-5673629 dan 013-8015572,” katanya.

Pasukan yang berjaya menjuarai Pertandingan Bola Sepak Liga Veteran Sri Aman 2011 ini kata Zaidil akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM700 beserta piala dan pingat untuk setiap pemain.

Manakala itu pasukan naib juara katanya akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, piala iringan serta pingat dan pasukan pemenang tempat ke-3 pula akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 serta pingat.

“Justeru pihak kami menjemput semua pasukan untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak Liga Veteran Sri Aman 2011 sebelum tarikh tutup penyertaan pada 14 Januari kelak,” menurut beliau.

Beliau turut menambah bahawa pertandingan ini akan dapat membantu pasukan atau kelab berdaftar mewujudkan pengurusan lebih mantap bagi bersaing dalam kejohanan liga lebih ternama di Sarawak pada masa akan datang.

“Dua buah lagi kejohanan bakal dianjurkan oleh pihak kita selepas ini iaitu Pertandingan Bola Sepak Liga Sri Aman 2010 pada bulan Februari ini dan Pertandingan Bola Sepak Piala YB Datuk Francis Harden anak Hollis pada bulan Mac kelak,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment