Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 January, 2011

Sertai Karnival Autoshow Part 3 pada 12 Februari ini



Mugshot: AWANG ZAINUDDIN AWANG AHMAD


SRI AMAN, Isnin (24 Jan) – Kelab permotoran terkemuka di Sri Aman iaitu TopGear Motorsport Sri Aman akan menganjurkan Autoshow Karnival Part 3 bersempena dengan penganjuran Karnival Mesra Belia, 1 Sarawak, 1 Belia 1 Malaysia DUN N.27 Simanggang pada 12 Februari ini nanti.

Pengerusi kelabnya, Awang Zainuddin Awang Ahmad memberitahu Autoshow Karnival Part 3 ini akan berlangsung di Kompleks Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sri Aman bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.

“Acara yang bakal dipertandingkan dalam autoshow ini nanti ialah Open Scooter Standart, Motorbike Standart, Scooter Elegen Standart, Classic Motorbike dan Display Kenderaan.

“Kesemua lima buah acara yang bakal dipertandingkan pada autshow ini nanti dibuka penyertaannya kepada semua peminat kenderaan bermotor dari seluruh negeri Sarawak,” menurut beliau.

Mereka yang berminat kata Awang boleh menghubungi beliau sendiri di talian 019-8213003 untuk mendapatkan borang atau melayari laman web www.topgearsriaman.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara berkenaan.

Dengan yuran bayaran penyertaan sebanyak RM20 seorang, Autoshow Karnival Part 3 ini nanti menurut beliau bakal menawarkan hadiah wang tunai dan piala untuk pemenang bagi kelima-lima acara ini.

“Justeru Kelab TopGear Motorsport Sri Aman mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam kelima-lima acara ini ketika berlangsungnya Karnival Mesra Belia, 1 Sarawak, 1 Belia 1 Malaysia DUN N.27 Simanggang kelak,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa Kelab TopGear Motorsport Sri Aman juga bakal menganjurkan lima lagi autoshow yang sama pada penganjuran karnival mesra belia yang lain sehingga bulan Mac ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment