Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 January, 2011

Sarawak makmur under BN - Harden


Caption: INGIN CUBA...Harden ketika sedang cuba melukis mata Singa ketika berlangsungnya upacara 1 Paiting The Eye OF The Tiger di sini baru-baru ini.


SRI AMAN, Khamis (27 Jan) – Kepimpinan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri semenjak 30 tahun lepas nyata berjaya mewujudkan kestabilan politik yang kukuh dalam negeri ini.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata ini kerana Taib telah berjaya menyatupadukan semua penduduk berbilang kaum apabila pihak Barisan Nasional (BN) memegang tampuk Kerajaan Negeri semenjak merdeka dahulu.

“Kemakmuran penduduk berbilang kaum ini akhirnya menjerumus Sarawak ke arah salah sebuah negeri maju dalam Malaysia hasil kestabilan politiknya di bawah kepimpinan Ketua Menteri.

“Justeru saya mengajak penduduk berbilang kaum di Sri Aman untuk terus bersyukur terhadap nikmat kemajuan yang mereka kecapi sekarang dengan menerima dasar politik pembangunan oleh Pehin Sri Taib selepas ini,” katanya.

Harden berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Penyampaikan Angpow dan Hamper bersempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC) kepada golongan Warga Emas dan kanak-kanak di pusat Pertubuhan Meninggikan Akhlak Simanggang baru-baru ini.

Selain itu sokongan berterusan penduduk terhadap dasar politik pembangunan Taib akan membolehkan kerajaan terus melaksana Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) selepas ini.

“SCORE akan memberi limpahan ekonomi sekiranya ia sudah siap dilaksana kelak. Jika penduduk sayangkan kemajuan maka mereka harus terus menyokong perlaksanaan projek pembangunan oleh kerajaan dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu Harden pada majlis itu juga turut berkesempatan untuk menyempurnakan upacara 1 Paiting The Eye Of Lion yang turut berlangsung di Tua Pek Kong Simanggang sebelum itu.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Temenggong Tan Chong Meng, Pemanca Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua, Pengerusi Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng, penerima hamper serta angpow pada majlis itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment