Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 January, 2011

Sambutan Tahun Baru 2011 di Betong bermakna


Slug: Betong2011 + pic 04.01.11

Caption: UNTUK ALBUM...Sarip (belakang sembilan kanan) dan Saleman Senin (duduk kanan sekali) ketika bersama penduduk yang terlibat bagi menjayakan program gotong-royong di Betong pada 1 Januari lepas.

Saleman Senin

BETONG, Selasa (4 Jan) – Sambutan tahun baru 2011 amat bermakna bagi penduduk Kampung Melayu Betong apabila seramai 200 penduduk hadir pada program gotong-royong membersih kawasan Tanah Perkuburan Islam Belaki Betong pada 1 Januari lepas.

Program yang dijayakan menerusi penyertaan beberapa buah pertubuhan di Kampung Melayu Betong telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Betong dengan kerjasama Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong.

Penyelaras Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Sarip Liam ketika ditemui memberitahu program terbabit merupakan penyuntik semangat penduduk kampung Melayu Betong disamping memupuk semangat kerjasama dalam melaksana pelbagai program yang dirancangkan secara bersama selepas ini.

“Aktiviti ini adalah program terakhir yang dirancang pada tahun 2010. Kita menggunakan pendekatan ini bagi menggerakkan serta menyampaikan maklumat berhubung dasar kerajaan dalam membangunkan komuniti kampung,” katanya.

Selain itu penglibatan semua pihak dalam program ini adalah merupakan salah satu kejayaan pihaknya bagi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan kepada Jabatan Penerangan Daerah Betong.

Justeru Sarip yang juga pernah memangku jawatan Pegawai Penerangan Daerah Betong sebelum ini berharap agar program berkenaan dapat memupuk hubungan dan kerjasama dikalangan penduduk pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Melayu Betong, Zulrusdi bin Zakaria, Pengerusi Masjid Jamek Betong, Kon Spawi bin Yahu, Ketua Ranting PBB Kampung Hilir Betong, Abdul Rahman bin Ismail, Ketua Ranting PBB Kampung Baru Betong, Abdul Rahim Haji Jaini, Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmed bin Wan Chee, Ketua Kampung Hilir Betong, Segara bin Dukari, Ketua Kampung Melayu Passa Betong, Abu Samad bin Latip, para surau serta ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment