Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 January, 2011

PRS Engkilili derma kerusi roda kepada Medan anak Barau



Caption: IKHLAS...Edwin (dua kiri) menyampaikan kerusi roda kepada Medan (tengah) sambil disaksi oleh Jubang (tiga kanan) pada majlis itu.


LUBOK ANTU, Rabu (19 Jan) – Kepayahan hidup yang menimpa Medan anak Barau dari akhirnya dapat dikurangkan dengan adanya sumbangan berupa sebuah kerusi roda daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili terhadap beliau kelmarin.

Terdahulu Medan, 55, dari Rumah Jubang, Sbangki Panjai, Lubok Antu hilang keupayaan bergerak setelah kaki kanannya patah apabila dihimpit oleh kayu balak ketika bekerja di kem pembalakkan kayu balak, Sandaka, Sabah pada tahun 60-an dahulu.

“Kerusi roda ini adalah merupakan sumbangan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak yang cukup prihatin dalam membantu menyelesaikan masalah Orang Kurang Upaya di kawasan parlimen beliau selama ini.

“Justeru pihak kami berharap agar kerusi roda terbabit akan membolehkan Medan bergerak dengan lebih bebas di mana-mana kawasan selepas ini,” kata Timbalan Pengerakan Pemuda PRS Bahagian Engkilili, Edwin Raoh ketika mewakili Nyalau menyerahkan kerusi roda berkenaan.

Edwin juga menambah bahawa pemberian kerusi roda ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap masalah kebajikan hidup penduduk di negara ini.

Terdahulu Edwin menyampaikan kerusi roda terbabit kepada Medan menerusi majlis ringkas yang berlangsung di Sbangki Panjai, Lubok Antu sambil disaksikan oleh Tuai Rumahnya iaitu Jubang anak Bin

Ini merupakan kerja amal kali kedua yang dilakukan oleh Nyalau semenjak beliau menyampaikan kerusi roda kepada Tampie anak Balai di Rumah Panjang Munan, Nanga Ensawang dalam daerah Lubok Antu pada bulan Disember tahun lepas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment