Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2011

Program Info Bestari di Rumah Romeo Serit pada 19 Januari ini

SRI AMAN, Rabu (10 Jan) – Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman akan menganjurkan Program Info Bestari bertempat di Rumah Romeo Serit, Batu Lintang, Undop, Sri Aman pada 19 Januari ini.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi memberitahu program yang mendapat kerjasama Komuniti Bestari Munggu Demam Undop Sri Aman itu akan berlangsung pada jam 9 pagi.

“Tujuannya ialah untuk membolehkan pihak kita menyebar dasar pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada penduduk yang bakal hadir pada Program Info Bestari ini nanti.

“Kita percaya dengan adanya penganjuran program seperti itu, semua penduduk akan lebih muda faham terhadap usaha pembangunan yang kerajaan lakukan terhadap mereka selama ini,” katanya.

Selain itu Program Info Bestari ini juga menurut beliau membolehkan penduduk di kawasan Undop untuk mengenali wakil rakyat masing-masing dengan lebih dekat ketika berlangsungnya program terbabit.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang dan Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis akan hadir pada majlis perasmian program itu kelak.

“Justeru diharap agar program ini nanti dapat merapatkan hubungan penduduk dengan kerajaan BN demi kebaikan pembangunan dalam kawasan penempatan masing-masing selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment