Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 January, 2011

Program Ceramah Perdana di SK Meludam, Betong pada 30 Januari ini



Mugshot : BAKAL hadir sama...HAJAH SIMOI HAJI PERI

Sulaiman Amut

JASA Lingga

SRI AMAN, Khamis (27 Jan) – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak akan menganjurkan Program Ceramah Perdana bertempat di Dewan Sri Budiman, Sekolah Kebangsaan Meludam, Betong pada 30 Januari ini.

Jurucakap penganjur ketika dihubungi memberitahu bahawa Program Ceramah Perdana yang akan berlangsung pada jam 8.30 pagi itu bertujuan untuk mengetengahkan nilai-nilai ajaran agama Islam kepada semua penduduk Islam di kawasan Betong.

“Selain itu Program Ceramah Perdana juga akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan umat Islam terhadap nilai ajaran Tuhan yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.

“Malahan program seperti ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi perpaduan ummah dikalangan umat Islam yang menetap di sekitar kawasan Meludam, Betong dari masa ke semasa,” katanya.

Program Ceramah Perdana bertempat di Dewan Sri Budiman, Sekolah Kebangsaan Meludam ini katanya akan dijayakan dengan kehadiran Pensyarah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur iaitu Profesor Dr Sharifah Hayaati binti Syed Ismail.

Beliau turut menambah bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri bakal hadir sama bagi menyerikan lagi penganjuran program Ceramah Perdana ini nanti.

“Justeru pihak kami menjemput semua penduduk Islam dari kawasan Meludam, Betong untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar serta menjayakan lagi penganjuran program berkenaan pada tarikh yang dinyatakan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment