Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 January, 2011

PPWS Betong turun padang mantapkan aspek pengurusan pertubuhan



Caption: TURUN PADANG...PPWS Betong bergambar kenangan sebaik sahaja tamat kursus terbabit baru-baru ini.


BETONG, Khamis (27 Jan) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Betong nyata turun padang bagi memantapkan lagi aspek pengurusan pertubuhan mereka dari masa ke semasa.

Ia terbukti apabila seramai 18 orang ahli PPWS Daerah Betong menghadiri Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 1 / 2011 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Menara Utama, Kompleks Kerajaan Negeri Betong baru-baru ini.

Pengerusinya, Hajah Rodziah Abang Juli ketika ditemui berkata kursus berkenaan nyata memberi banyak memberi pengetahuan baru kepada para ahli tentang peranan yang dimainkan oleh ROS dalam pendaftaran organisasi di Malaysia selepas ini.

“Kursus seumpama ini juga secara tidak langsung akan memberi pendedahan kepada para ahli-ahli PPWS terutama sekali ahli baru tentang fungsi-fungsi beberapa jabatan kerajaan dalam negeri ini.

“Justeru kami berharap agar pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia akan menganjurkan lebih banyak lagi kursus seumpama ini di Daerah Betong agar para ahli dapat menimba lebih banyak ilmu pada masa akan datang,” katanya.

Turut serta dalam aktiviti tersebut ialah Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Nor Khatijah Abdullah, Penerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi dan Timbalan Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Randai anak Ramba.

Kursus yang diadakan selama sehari itu telah menarik penyertaan seramai lebih 300 orang dari pelbagai organisasi di daerah Betong dan ianya telah disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Loo Yeng Peng.

Tamat.

No comments:

Post a Comment