Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 January, 2011

Pesara tentera perlu bantu sebar dasar BN, Zawawie


SRI AMAN, Isnin (10 Jan) – Bekas tentera perlu terus menyumbang bakti dengan membantu menyebarkan dasar pembangunan kerajaan terhadap penduduk di kawasan penempatan masing-masing.

Pegawai Memerintah 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit, Sri Aman, Leftenan Kolonel Zawawie Adam berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Rumah Kanselor Sawing Sumar, Paku Ulu Undop, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Katanya bekas tentera perlu bertindak demikian agar kerajaan dapat meneruskan segala program pembangunan yang dirangka sebelum ini dengan penuh lancar dari masa ke semasa.

“Bekas tentera biasanya dihormati oleh penduduk di sekeliling mereka. Justeru bekas tentera perlu mengambil peluang ini untuk menyebar dasar pembangunan kerajaan demi kebaikan hidup penduduk dalam kawasan mereka sendiri,” katanya.

Selain itu penduduk kata Zawawie juga harus turun padang untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga keselamatan kawasan masing-masing dari masa ke semasa.

Dengan berbuat demikian perlaksanaan projek pembangunan oleh kerajaan di kawasan mereka kata beliau akan dapat dilakukan secara seiring dengan penjagaan keselamatan selepas ini.

Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis telah merasmikan Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia di Rumah Kanselor Sawing Sumar pada 8 Januari lepas.

Hadir sama bagi menyaksikan perasmian program ini ialah Setiausaha Sulit kepada Harden, Jerome Runggol, Tr Kanselor Sawing Sumar, para ketua kaum dan penduduk di sini.

Antara aktiviti yang diadakan menerusi Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia pada 7 hingga 9 Januari lepas ini ialah aktiviti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan pemberian ubat secara percuma.

Tamat.

No comments:

Post a Comment